Logo Baru Majlis Daerah Bau
|
Majlis Pelancaran Logo Baru
Majlis Daerah Bau
oleh YB Datuk Amar James
Wong Kim Min, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
|
| |
|
 |
 |
|
Majlis Daerah Bau: Khidmat
Berkualiti Untuk Semua
|
Mercu tanda Daerah Bau
|
Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) yang terdiri daripada Majlis-majlis Daerah, Perbandaran
dan Bandaraya merupakan unit pentadbiran kerajaan yang berhubung langsung
dengan masyarakat setempat.
Peranan PBT yang
menyediakan perkhidmatan untuk kesejahteraan hidup masyarakat setempat
tidak keterlaluan dikatakan sebagai cermin usaha pembangunan kerajaan
secara keseluruhannya.
Oleh yang sedemikian,
adalah amat penting bagi PBT di negeri ini khasnya sentiasa berusaha gigih
untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa di
samping terus berusaha untuk meningkatkan imej mereka di kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan
itu, Majlis Daerah Bau (MDB) baru-baru ini pada 27 Oktober 1999 telah
melakukan sedikit perubahan yang agak ketara.
MDB telah menukar
baru logonya. Logo baru ini diharapkan akan memberikan identiti di samping
mempertingkatkan lagi imej baru MDB sebagai sebuah organisasi yang berwawasan,
proaktif dan terbaik selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di
dalam kawasan pentadbirannya melalui sosio ekonomi dan pembangunan projek
yang giat diusahakannya.
Logo baru ini mengabungkan
elemen-elemen seperti orkid Norma, seekor burung kenyalang, sekeping emas
berbentuk pentagon dan sepasang tangan di dalam sebuah bulatan yang dikelilingi
oleh moto MDB : Khidmat Berkualiti Untuk Semua.
Sesungguhnya pelancaran
logo baru ini harus dijadikan bara yang akan terus membakar semangat gigih
di hati anggota perkhidmatan MDB untuk membantu membangunkan masyarakat
ke arah kehidupan yang lebih baik dan harmoni.