|
Orkid : Bunga Emas Sarawak?
Suatu ketika dahulu, amalan
menghantar bunga emas ke negara tertentu merupakan suatu kemestian semata-mata
untuk mengekalkan kemerdekaan negara penghantar.
Kini amalan menghantar
bunga emas sudah lenyap tetapi industri bunga di kebanyakan negara berkembang
pesat dan memberikan pulangan yang menguntungkan.
Sungguh pun demikian,
industri bunga di negara kita masih terpinggir (sumbangannya hanya RM4 juta
setahun), mungkin kerana kita terlalu memberi penekanan kepada industri yang
berasaskan teknologi dan pembuatan dengan pelaburan besar.
Namun kini penekanan
kerajaan kepada industri berasaskan pertanian memberikan peluang yang baik kepada
pengusaha tanaman bunga untuk memperkembangkan perusahaan mereka menjadi industri
yang berkembang pesat.
Pelbagai jenis bunga
boleh diusahakan secara komersil dan salah satu daripadanya ialah orkid.
Bagi kita di Sarawak,
kita amat beruntung kerana pihak kerajaan negeri telah memberikan komitmennya
untuk menjadikan industri menanam dan mengeksport orkid sebagai salah satu cabang
kegiatan pertanian negeri yang diberikan perhatian serius.
Penganjuran Kongres Orkid
BIMP-EAGA Ke-2 dari 1-4 Disember 1999 yang lalu anjuran bersama Dewan Bandaraya
Kuching Utara dan Jabatan Pertanian Negeri merupakan bukti awal komitmen ini.
Adalah diharapkan komitmen
yang diberikan oleh kerajaan ke atas industri ini bukan sahaja sekadar pada
dasar/polisinya sahaja tetapi juga merangkumi pengubalan prosedur yang lebih
'mesra' dan mudah kepada para pengusaha/pengeksport orkid.
Sokongan ini bukan sahaja
perlu diperolehi daripada kerajaan, tetapi juga daripada pihak swasta terutama
daripada mereka yang terlibat di dalam perkhidmatan pengangkutan.
Industri orkid di negara
kita berpotensi berkembang maju dan Sarawak berpotensi besar menjadikan orkid
sebagai Bunga Emas kita.
|
YB Dato Dr. James J. Masing, Menteri
Pelancongan Sarawak, merasmikan
Pameran Orkid dan Kongres Orkid
BIMP-EAGA Ke-2
di Tebingan Kuching pada 2 Disember
1999
|
| |
|
 |
 |
Penyertaan pameran orkid dari
negara luar sepert Taiwan,
Singapura, Thailand, Sweden dan
Jepun menambahkan serinya
pameran orkid kali ini.
|
Hiasan lanskap menggunakan
orkid akan lebih terselah dengan
susunan
kreatif spesis-spesis orkid yang
bermutu
|
| |
|
 |
 |
Kuning keemasan.
Mungkinkah orkid
boleh menjadi Bunga Emas Sarawak?
|
Orkid kini semakin mendapat perhatian
umum di dalam menghiasi landskap
taman
|
|