TEKUN Berusaha Meningkatkan Daya Saing
Pesaing Kecil
Berniaga merupakan salah
satu daripada kegiatan yang memberikan pulangan yang baik/ lumayan sekiranya
diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Keinginan untuk mengembangkan
perniagaan sememangnya tidak pernah luput di hati setiap peniaga, namun hendak
mendapatkan pinjaman modal untuk itu ternyata bukan mudah.
Kini pihak kerajaan
ada menyediakan alternatif lain kepada golongan peniaga kecil ini melalui
skim pinjaman baru yang lebih 'mesra' kepada golongan ini.
Maka lahirlah TEKUN
- Tabung ekonomi Kumpulan Usahawan/Usahaniaga.
TEKUN menawarkan modal
tambahan dengan mudah sehingga RM10,000.00, cepat dan tidak membebankan kepada
peniaga kecil.
Pengwujudan TEKUN juga
bermatlamatkan untuk menggalakan budaya menabung di kalangan peniaga kecil
di samping dapat mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok serta
dapat melahirkan usahawan yang berwawasan dan berdaya saing.
Objektif Program TEKUN :
1.menawarkan modal tambahan
dengan mudah , cepat dan tidak membebankan.
2.menggalakan budaya
menabung di kalangan peniaga kecil
3.mewujudkan satu jaringan
usahawan secara berkelompok
4.membina usahawan yang
berwawasan dan berdaya saing.
5.membina kemahiran
keusahawanan
Skim pinjaman TEKUN
berteraskan konsep 'Pinjaman Asas Simpanan.' Pinjaman yang diberikan akan
digunakan sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan yang sedia
ada.
Lebihan pulangan hasil
kejayaan perniagaan pula akan disalurkan untuk disimpan di dalam Tabung Kumpulan/Usaha
Niaga (TEKUN) setiap minggu semasa membuat bayaran ansuran mingguan.
Kelebihan Skim Pinjaman TEKUN :
1.Tiga perkhidmatan
dalam satu: Pinjaman, Tabungan dan Bimbingan
2.Tiada cagaran atau
penjamin
3.Caj perkhidmatan hanya
8% setahun
4.Bayaran yang rendah
secara mingguan
5.Insuran Takaful
6.Program Pembangunan
Keusahawanan
7.Program Pelajar Cemerlang
kepada ahli keluarga
Skim Pinjaman TEKUN :
Skim pinjaman TEKUN
menawarkan beberapa peringkat pinjaman iaitu :
1.Skim 26 minggu (RM1,000.00
hingga RM5,000.00)
2.Skim 52 minggu (RM1,000.00
hingga RM5,000.00)
3.Skim 78 minggu (RM3,000.00
hingga RM10,000.00)
4.Skim 104 minggu (RM5,000.00
hingga RM10,000.00)
Skim pinjaman TEKUN
dikendalikan oleh Yayasan TEKUN Nasional (YTN).
Sehingga kini YTN telah
menubuhkan 15 buah cawangan di seluruh Malaysia.
Cawangan YTN Kuching
dan Samarahan merupakan cawangan YTN yang ke 14 dan 15.
Sekumpulan 112 peniaga
kecil di kedua-dua kawasan ini pada 30/09/99 yang lalu telah menerima cek
pinjaman masing-masing daripada En. Bolhassan Di yang mewakili Y.A.B Ketua
Menteri pada majlis pelancaran Skim Pinjaman TEKUN Peringkat Negeri Sarawak
di Dewan Suarah Kuching.
YTN bercadang membuka
lebih banyak cawangannya di seluruh Sarawak dan Sabah bagi membolehkan lebih
ramai peniaga kecil mendapatkan manfaat daripada pinjaman TEKUN ini.
Pengwujudan skim seumpama
ini sesungguhnya kena pada masanya. Adalah diharapkan semua pihak sama ada
di pihak YTN, agensi kerajaan serta peniaga kecil memainkan peranan aktif
di dalam menjayakan skim ini.
Kepada sesiapa yang
berminat mengetahui keterangan lanjut tentang skim ini bolehlah berhubung
dengan Pembantu TEKUN di Cawangan YTN yang terdekat dengan anda atau hubungi
Pejabat MARA yang berhampiran.