A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sukan ASIA 2006 BERJALAN UNTUK NEGARA Kempen Sokongan Rakyat Untuk Sukan Asia 2006


Kejayaan negara kita menganjurkan Sukan Komanwel 1998 yang lalu masih segar diingatan.

Sesungguhnya kejayaan itu adalah hasil dari usaha gigih semua pihak terutamanya sokongan padu dari rakyat negara ini.

Sungguh pun penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang lalu mendapat cemuhan yang tidak sedikit yang menganggap usaha Malaysia itu adalah suatu pembaziran namun sebenarnya kita beruntung pada jangka panjangnya.

Walaupun penyediaan infrastruktur sukan yang canggih menelan belanja ribuan juta ringgit, sebenarnya itu adalah pelaburan jangka panjangnya pembangunan sukan negara kita.

Dengan kemudahan yang ada itu membolehkan negara kita berusaha menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah sukan antarabangsa yang lain seperti Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik.

Di samping itu, dengan kemudahan sukan yang serba canggih ini akan membolehkan persatuan-persatuan sukan yang ada menggunakannya bagi melatih atlit-atlit yang berpotensi untuk dipilih mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Kini selepas setahun kejayaan SUKOM 98, cita-cita kita sekarang ialah menganjurkan Sukan Asia 2006.

Maka kerana itu, sekali lagi kerajaan mengharapkan sokongan padu rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan menawarkan diri untuk penganjuran itu.

Sebagai tanda sokongan itu, 2 juta rakyat Malaysia menyertai Kempen Berjalan Untuk Negara pada 06/11/99 yang diadakan serentak di seluruh Malaysia.

Di Sarawak sejumlah lebih 168,000 penyertaan berjaya dikumpul untuk kempen ini.



Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998