A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kongres Orkid BIMP-EAGA Ke-2 1999

        

Bandaraya Kuching diberi penghormatan menjadi tuan rumah Kongres Orkid Ke 2 pada 1- 4 Disember ini.

Ini merupakan kali pertama pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara khasnya dan Malaysia amnya menganjurkan kongres ini.

Kongres pertama telah diadakan di Davao City Filipina pada 18-21 September, 1997.

Pemilihan Bandaraya Kuching dibuat memandangkan di Sarawak dan persekitaran pulau Borneo sahaja terdapat 20,000 spesis orkid yang tidak terdapat di tempat-tempat lain.

Di antara peserta yang menyertai kongres ini adalah dari Hawaii, Taiwan, Jepun, Singapura, Brunei dan Sweden.

Pemilihan Bandaraya Kuching sebagai tuan rumah kongres ini juga bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mengumpul, memelihara dan memulihara spesis orkid yang terdapat di Sarawak.

Sehubungan itu, sebuah taman orkid berdasarkan ilham Ketua Menteri Sarawak telah mula dibina pada penghujung 1994 meliputi kawasan seluas 2.756 hektar dan dijangka siap pada Januari 2000.

Taman ini mengandungi 76 genera dengan 26 spesis dan mempunyai 53 hibrid. Sempena kongres ini juga pelbagai aktiviti akan dianjurkan antaranya Pameran Orkid, Pertandingan Mengubah Orkid, Perarakan Kereta Antik Mengelillingi bandaraya Kuching, Demonstrasi Melukis Batik dan Pembuatan Pasu, Pertandingan Melukis dan seminar.

Pihak penganjur mengharapkan lebih penyertaan daripada masyarakat tempatan di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disusun.

Seharusnya warga Bandaraya Kuching patut berasa bangga dengan penganjuran kongres dan mengambil kesempatan daripadanya.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998