A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Permata di Perbatasan Terus Menyinar

   

   
Salah sebuah rumah di Long Semadoh
Tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui di mana letaknya Kampung Long Semadoh, Naseb, malah mungkin ramai juga yang tidak pernah mendengar akan nama kampung ini.

Kampung ini agak terpencil di daerah Lawas dengan jumlah penduduknya sekitar 345 orang sahaja.

Sungguh pun terpencil, ini tidak pula dijadikan alasan oleh penduduknya untuk tidak membina kehidupan bermasyarakat yang teratur, aman, bersih dan selesa.

Kesepakatan penduduknya yang mantap untuk itu telah membolehkan kampung ini terpilih menjadi Johan Pertandingan Kampung Peringkat Negeri Sarawak 1998.

Kejayaan ini melayakkan kampung ini mewakili Sarawak ke pertandingan kampung terbaik di peringkat kebangsaan dan sekali lagi kampung ini menempa sejarah apabila muncul Johan Pertandingan Kampung Terbaik peringkat kebangsaan.

Kemenangan ini membolehkan kampung ini membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 serta hadiah pembangunan berjumlah RM50,000.00.

Sesungguhnya kejayaan Kampung Long Semadoh ini terus dijadikan contoh dan perangsang kepada penduduk kampung-kampung yang terletak di kawasan berhampiran penempatan utama.

Kemenangan Kampung Long Semadoh ini juga menjadikan bukti keutuhan kerjasama di antara masyarakat setempat dengan pemangkin kemajuan rakyat - anggota-anggota perkhidmatan awam kita.
Kpg. Long Semadoh, Naseb, Lawas - Landskap dan latarbelakang yang mengkagumkan


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998