A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Penghijauan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
Penglibatan orang awam amat dialu-alukan
untuk menjadikan Kuching indah dan hijau
Penghijauan persekitaran adalah tanggungjawab bersama

















Kita di Sarawak seharusnya berasa amat bersyukur kerana dianugerahkan Tuhan dengan kehijauan yang saujana mata memandang.

Lebih 67% keluasan tanah Sarawak masih diliputi hutan.

Walaupun jumlah keluasan hutan kita besar, ini tidak bermakna kita boleh memusnahkannya sesuka hati dan tidak prihatin kepada usaha memulihara serta memelihara hutan kita.

Usaha kerajaan untuk memastikan kehijauan di setiap tempat di negara ini dengan melancarkan kempen menanam pokok sejak kebelakangan ini harus diberikan sokongan padu.

Adalah disasarkan menjelang tahun 2000, sejumlah 3 juta pokok akan dapat ditanam di serata tempat diseluruh negara.

Sarawak untuk itu sebenarmya telah mengambil inisiatif awal. Sejak 10 tahun yang lalu, Sarawak telah mengadakan Hari Abror - hari menanam pokok setiap tahun.

Kerjasama dari agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan di dalam menjayakan usaha ini harus dipuji.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai contoh sejak tahun 1993 hingga 1998 telah menanam 2063 pokok di kawasan pentadbirannya.

Tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Abror, sekali lagi DBKU menjadi peneraju utamanya.

Kali ini pelancarannya telah diadakan di Taman Rekreasi Keluarga (berhampiran Wisma Bapa Malaysia) dan telah dirasmikan oleh Y.A. Bhg. Datuk Amar Puan Seri (Dr.) Hajjah Laila Taib.

Tahun ini DBKU mensasarkan sejumlah 503 pokok (332 pokok di Taman Rekreasi Keluarga; 171 pokok di Jalan Bukit Siol) untuk ditanam sempena Hari Abror.

Adalah diharapkan pada tahun-tahun akan datang, sambutan Hari Abror ini dapat dijalankan serentak di semua bahagian sebagai bukti komitmen kita anak Sarawak yang mesra alam.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998