A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sains dan Teknologi

Asas Kemajuan Alaf Baru
Y.B Datuk Abang Haji Abdul Rahman Zohari
tertarik dengan rekacipta yang dipamer di Pameran 
Sains dan Teknologi
Generasi muda kita harus diberikan pendedahan serta galakan yang sewajarnya di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Salah satu dari elemen yang menjadi penggerak utama kita meluncur laju memajukan ekonomi negeri kita pada masa akan datang ialah sains dan teknologi.

Kerajaan negara kita telah memberikan penumpuan yang lebih kepada perkara ini dan penguasaan bidang sains dan teknologi telah dijadikan teras hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Kerajaan Negeri Sarawak turut mengatur strategi selari dengan hasrat kerajaan pusat itu.

Maka kerana itu Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPS&T) Peringkat Negeri sejak tahun 1992 lagi.

Penganjuran PPS&T adalah bertujuan menanam serta menyuburkan kesedaran dan penghayatan sains dan teknologi di kalangan seluruh lapisan masyarakat.

Hasrat yang ingin dicapai ini amat murni tetapi bukannya suatu usaha yang mudah.

Penumpuan telah banyak diberikan kepada generasi muda kita khasnya mereka yang masih berada di bangku sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung.

Aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Penulisan Model "Pengenalan Kepada Komputer", Pertandingan Ciptaan dan Rekaan Peringkat Sekolah Negeri Sarawak, Kem Celik IT, telah diadakan bagi memeriahkan program penggalakan ini.

Penguasaan sains dan teknologi tidak lengkap dengan hanya kita tahu menggunakannya sahaja.

Sebaliknya kita perlu berupaya untuk meneroka bidang ini agar dengannya kita mampu pula memanfaatkannya untuk penghasilan/penciptaan peralatan batu yang boleh menjadikan kehidupan kita di muka bumi ini lebih selamat serta makmur.

Oleh itu kenyataan Y.A.B Ketua Menteri tentang sains dan teknologi berkait rapat dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) sememangnya benar.

Maka adalah perlu pihak penganjur PPS&T dan juga kerajaan memikirkan suatu kaedah yang bersesuaian untuk memajukan P & P di negeri ini misalnya dengan menubuhkan Pusat Bersepadu P & P sebagai satu usaha membudayakan pengunaan serta penguasaan sains dan teknologi di kalangan masyarakat Bumi Kenyalang.

Pertandingan ciptaan dan rekaan yang dianjurkan selama ini berjaya menarik banyak penyertaan dan ini membuktikan kita memiliki ramai bakat pencipta/pereka di kalangan generasi muda kita.

Kita seharusnya mencungkil bakat mereka dengan memberikan pendedahan yang sewajarnya.

Mungkin kerana mereka ini tidak memiliki sumber kewangan dan kepakaran serta kemudahan penyelidikan yang sempurna/cukup maka hasil ciptaan mereka itu nampak tidak maju dan sesuai untuk dikomersilkan.

Namun kita tidak harus lupa bahawa idea asal mereka itulah yang 'mahal' dan kebanyakan produk yang kita terima pakai di dalam kehidupan seharian kita bermula dari satu ciptaan yang nampak mudah serta tidak ekonomikal untuk dikomersilkan.

Pusat Bersepadu P&P yang dicadangkan ini akan dikendalikan oleh mereka yang pakar di dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bermotivasi tinggi di samping kreatif.

Pusat ini bertanggungjawab mengenal pasti mana-mana idea, ciptaan serta rekaan dari kalangan anak tempatan untuk dikumpulkan, dibina, diuji, dimajukan dipatenkan dan seterusnya dikomersilkan.

Pencipta/pereka asal harus diberikan penghargaan yang sewajarnya misalnya dengan memberikan imbuhan yang berpatutan ke atas ciptaan beliau.

Ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus merekacipta produk baru yang lebih baik di samping dapat menjadi daya tarikan kepada mereka yang berjinak-jinak dengan aktiviti sebegini.

Mana-mana produk yang telah melalui proses pembinaan, pengujian, dimajukan dan dipatenkan boleh terus dikormersilkan oleh pusat ini atau membenarkan pihak swasta yang berminat untuk mengkormersilkannya dengan pusat ini dan pencipta asalnya masih tetap memegang hakcipta ke atas produk yang dihasilkan itu.

Hendaknya hasil kreatif ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan yang lebih.

Pusat ini diharap dapat mengawal dan memberi tunjuk ajar kepada pereka-pereka ini bagaimana cara yang sepatutnya mereka dilakukan untuk mengetengahkan ciptaan mereka.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998