Dengan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sejak penubuhannya telah banyak membawakan
pembaharuan, meningkatkan keindahan serta kebersihan Bandaraya Kuching.
Kegigihan
DBKU membawakan pembaharuan dan meningkatkan kesejahteraan Bandaraya Kuching
dan penghuninya telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja dari Kerajaan Negeri
dan Persekutuan malah turut mendapat pengiktirafan dunia.
Sesungguhnya
usaha ini bukan suatu yang mudah. Pastinya usaha ini memerlukan perancangan
yang teliti serta komitmen yang tinggi dari semua pihak.
Selain
kegigihan serta komitmen yang tinggi dari segenap lapisan kakitangan serta
pentadbiran/pengurusan DBKU, pastinya ada elemen-elemen seperti visi dan misi
kerja yang diamalkan oleh DBKU turut menjadi pemangkin kepada kejayaan ini.
Dengan
visi menjadi pemimpin yang akan mewujudkan sebuah bandaraya yang sejahtera,
teratur, indah dan berbudaya dan misinya untuk terus unggul sebagai sebuah
organisasi perintis dengan penambahbaikan selanjar, DBKU telah mengambil pelbagai
langkah yang memberikan penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatannya.
Ini
bertepatan dengan peranan utama DBKU yang menjadi pembekal perkhidmatan.
Usaha
peningkatan kualiti ini sememangnya telah lama dilaksanakan dan keberkesanannya
sememangnya telah terbukti apabila DBKU telah mendapat pengiktirafan demi
pengiktirafan melalui pelbagai anugerah yang diraih.
Selain
anugerah-anugerah yang pelbagai ketegori yang telah dimenangi itu, DBKU juga
mencatat sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia
mendapat pensijilan MS ISO 9001 pada tahun ini.
Datuk
Bandar, Datu Awang Ehsan Awang Joini, menegaskan bahawa sungguh pun banyak
pencapaian kualiti yang telah DBKU capai, namun ini bukannya menjadi titik
akhir bagi usaha kualiti DBKU.
Menurut
beliau lagi, DBKU mempunyai rancangan jangka panjang untuk mengoptimumkan
kekuatan dalamnya bagi membolehkan DBKU terus kekal sebagai sebuah organisasi
unggul melalui lebihan saingan dan prestasi perkhidmatan yang berkualiti.
Selaras
dengan itu DBKU kini sedang berusaha untuk memperolehi pensijilan MS14000
sebagai persiapan untuk menempuh era saingan yang lebih hebat pada masa akan
datang.
Anugerah-anugerah
yang DBKU pernah menangi
| Anugerah |
Tahun |
Kategori/Trofi |
| Anugerah
Kualiti Pihak Berkuasa |
1994 |
- Pengurusan
Kewangan
- Pengurusan
Kaunter
- Pengurusan
Pengendalian
- Pengaduan
Awam
|
| 1995 |
|
| 1996 |
|
| 1997 |
- Salah satu
daripada empat Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menerima anugerah
|
| 1998 |
|
| Anugerah
Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak |
1994 |
- Trofi Tertinggi
Y.A.B Ketua Menteri
|
| 1995 |
- Trofi Tertinggi
Y.A.B Ketua Menteri
|
| 1996 |
- Trofi Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak
|
| 1997 |
- Trofi Tertinggi
Y.A.B Ketua Menteri
|
| Anugerah Khas
Perkhidmatan Awam |
1994 |
|
| Anugerah
Bersih dan Indah Pihak Berkuasa Tempatan |
1994 |
|
| 1997 |
|
| Anugerah Kualiti
Perkhidmatan Awam Kebangsaan |
1998 |
- Trofi Ketua
Setiausaha Negara
|