|
SEKITAR SAMBUTAN HARI
KEBANGSAAN 1999 & PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 1999 DI
BINTULU
Bersatu Ke Alaf Baru.
Itulah tema Hari Kebangsaan 1999.
Umpama
lidi jika sebatang akan mudah dipatahkan tetapi jika dikumpulkan di dalam
satu ikatan, agak sukar sekali untuk dipatahkan.
Sesungguhnya
dengan bersatu padu kita akan mencapai kemajuan di dalam apa bidang sekali
pun dengan lebih baik.
Tahun
ini Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Bintulu.
Selain
menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan 1999, Bintulu juga telah dipilih
menjadi pusat Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri
Sarawak 1999.
Sambutan
Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sarawak kali ini juga mencatat sejarah apabila
Jalur Gemilang berukuran 1.6km telah direntangkan di sekeliling Lapangan Terbang
Bintulu hasil usaha sekumpulan pelajar dari sebuah kolej swasta di Kuching
telah direkodkan secara rasmi di dalam buku rekod Guiness Malaysia sebagai
Jalur Gemilang terpanjang di Malaysia.
Sesungguhnya
sambutan kedua-dua perayaan itu amat bermakna kepada kita semua menjelang
kemunculan alaf baru.
 |
 |
 |
"Adalah
menjadi tanggungjawab kita
untuk mengekalkan kestabilan politik
serta pembangunan yang berterusan
yang telah kita nikmati sejak lebih 35 tahun yang lalu"
Petikan ucapan Y.A.B Datuk Patinggi Tan Sri (Dr:) Abdul Taib Bin
Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada acara perbarisan sempena sambutan
Hari Kebangsaan Ke-42 peringkat Negeri Sarawak di Bintulu |
Penduduk
Daerah Sebauh tidak ketinggalan memperingati sambutan Hari Kebangsaan
terakhir yang disambut abad ini dengan mengadakan Kempen Kebersihan
dan menanam pokok yang telah dirasmikan oleh Datuk Celestine Ujang |
Pelajar
sekolah turut dilibatkan sama di dalam Kempen Kebersihan dan Menanam
Pokok di Sebauh. Sesungguhnya menjaga kebersihan dan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama. Pendidikan awal tentang perkara ini akan menjamin
lahirnya generasi yang sihat fizikal dan cerdas mental |
| |
|
|
 |
 |
 |
| Melangkah
seiringan menuju masa hadapan yang cemerlang |
Biar
pun belum begitu memahami erti kemerdekaan, namun pendedahan awal amat
perlu sebagai asas pembentukan warganegara yang cemerlang. |
Generasi
muda harapan negara |
| |
|
|
 |
 |
 |
| Si
anak begitu tertarik dengan penerangan si ibu tentang penghasilan susu
getah... antara bahan pameran yang terdapat di Pameran Pertanian Menuju
Alaf Baru sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 1999
Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu |
Gerai
pameran Jabatan Pertanian yang memberikan penekanan kepada konsep pertanian
moden. |
Gerai-gerai
kraftangan seperti ini tidak pernah sunyi dari dikunjungi pelawat...
sesungguhnya hasil kraftangan sebegini sememangnya mendapat pasaran
yang baik. |
| |
|
|
|
|
Penglibatan
kaum wanita di dalam perniagaan dan perusahaan kecil terutamanya perusahaan
memproses makanan semakin menyerlah... dan di Pameran Pertanian sempena
sambutan HPPN 1999 yang lalu, gerai-gerai seperti ini mendapat sambutan
yang amat menggalakkan. |
|
|