A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Penyelenggaraan Perlu Untuk Kepentingan Bersama

Y. B Tan Sri SUK menyatakan sesuatu tentang reka bentuk Surau Kompleks Imigresen Tebedu

Sejak mengecapai kemerdekaan, pelbagai kemudahan telah dapat disediakan.

Perkhidmatan sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan mahu pun swasta juga telah meningkat mutunya.

Ini kerana pelbagai prasarana moden yang sesuai dengan keperluan semasa telah dapat disediakan bagi membolehkan pekerja yang terlibat menyumbangkan produktiviti serta perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Di dalam sebuah negeri dan negara yang mendokong prinsip demokrasi, kerajaan adalah institusi utama tempat rakyat mengadu nasib dan bergantung harapan.

Oleh yang demikian sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu sepeti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, menyediakan sekolah, tempat-tempat rekreasi, tempat-tempat beribadah dan sebagainya agar dengan itu rakyat dapat meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik.

Menyediakan kemudahan ini sebenarnya bukan terlalu sukar bagi kerajaan.

Menyelenggara kemudahan-kemudahan itu yang menimbulkan sedikit kerumitan dan melibatkan banyak kos.

Kemudahan yang disediakan seharusnya sentiasa dipertingkatkan mutunya.

Ini kerana jika tidak dijaga serta diselenggara dengan baik, ini bukan sahaja akan menyebabkan kos tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan tetapi juga akan turut menyebabkan kerugian di pihak masyarakasfi iaitu apabila masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan itu.

Ini di antara perkara yang disentuh oleh Y.B Tan Sri Datul Amar Haji Hamid Bugo, ketika menyampai ucapan di majlis pecah tanah surau Komples Imigresen Tebedu 26 Julai 1999 yang lalu.

Surau yang menelan belanja RM 198,900.00 itu di jangka siap Disember 1999 dan berkemungkinan besar akan sempat digunakan untuk menyambut Ramadhan 1420H dan AidilFitri 1420H.

Y.B Tan Sri Datul Amar Haji Hamid Bugo juga menyeru agar masyarakat mengambil inisiatif sendiri membantu kerajaan di dalam usaha menyelenggara kemudahan yang dsediakan untuk mereka.

Untuk itu Y.B. Tan Sri mencadangkan agar ditubuhkan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab memastikan kebersihan adalah terpelihara dan dipertingkatkan.

Seharusnya budaya yang memberikan penekanan kepada peningkatan mutu di dalam segenap aspek kehidupan perlu ditanam di dalam diri setiap individu.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998