A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
MENYUMBANG KE ARAH
Kehidupan Berkualiti
STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo

   Telah kita maklum bahawa kita hidup di dunia memikul amanah untuk memakmurkan danmenguruskn kehidupan di muka bumi.
   Kita adalah makhluk sempurna untuk tujuan ini. Namun adakah kita menggunkan sepenuhnya kelebihan yang kita miliki itu?
            Adakalanya kita lalai di dalam melaksanakan amanah kita itu.
            Disebabkan terlalu ingin mengecapi kemakmuran, kemewahan dan keselesaan, manusia tanpa sedar dan ada ketikanya memang disengajkan telah membuat  banyak  kemushana.
            Paling ketara adalah sikap pentingkan diri seolah-olah hanya kita sahaja yang mendiami planet ini.
            Lupakah kita kepada orang lain, haiwan dan alam sekitar yang ada di sekililing kita dan hidup bersama kita?
            Sikap alpa ini menunjukkan bahawa kita kurang memberi penekanan terhadap aspek kualiti di dalam kehidupan.
            Bagi kita yang bekhidmat dengan perkhidmatan awam, dengan penekanan terhadap kualiti di dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian adalah suatu yang penting kerana dengan perkhidmatan yang berkualiti akan dapat membantu membina kehidupan yang berkualiti.
            Sesetengah dari kalangan kitak tidak menyedari bahawa diri mereka tidak mempunyai ciri-ciri kehidupan yang berkualiti.
            Ini dapat dilihat pada sumbangan atau peranan mereka kepada oarang lain. Misalnya pekerja yang menggunakan waktu minum yang panjang sebenarnya telah menjejaskan kehidupan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan mereka.
            Kehidupan berkualiti bukanlah suatu produk yang dapat dinilai secara fizikal.
            Akan tetapi adalah suatu prinsip untuk hidup bersama dan memakmurkan alam ini.
            Kita perlu saling bantu-membantu melalui peranan kita sebagai pekerja atau individu untuk kesejahteraan bersama.
            Bertanyalah pada diri sendiri, apa yang boleh kita lakukan untuk orang lain.
            Jangan jadikan diri kita sebagai orang yang menyusahkan sehingga akan timbul ungkapan 'Lebih baik tiada daripada ada, Kalau ada pun menyusahkan orang lain'. Jika demikian hidup ini tidak mmeberi apa-apa makna.
            Nilailah diri sendiri. Apakah yang telah kita lakukan hari ini yang benar-benar memanfaatkan kepada oarang lain?
            Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah orang yang menberika manfaat kepada orang lain.
            Dalam erti kata lain, jadikan diri kita 'mahal' dan 'berharga'.
            Kewujudan kita seharusnya amat dirasai dan dihargai bukan sahaja kepada diri ssendiri malah kepada orang lain di sekeliling kita.
            Walaupun hanya sebagai buruh, kita sebenarnya tetap menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Siapa yang suka kalau sampah tidak dikutip berhari-hari! Jadi peranan buruh juga amat penting.
            Oleh yang demikian beazamlah untuk menjadikan jawatan yang kita sandang itu sesuatu sumbangan untuk masyarakat.
            Tidak perlu kita menjadi orang penting untuk mengamalkan kehidupan berkualiti kerana tidak semua orang boleh berbuat demikian.
            Jadilah diri sendir, sumbanglah khidmat bakti epada masyarakat.
            Bersihkan diri zahir dan batin. Ikhlas dalam menjalankan tugas. Nescaya kita telah berjaya menjalankan kewajipan untuk memakmurkan alam ini dan menyubirkan kehidupan berkualiti.
            Amalkan kualiti untuk seluruh aspek kehidupan!
 


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998