| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
Badan Sihat, Otak Cerdas,
Produktiviti Meningkat
Mengekalkan tahap kesihatan yang baik adalah suatu kemertian/tanggungjawab
kita semua. Kesihatan itu lebih berharga daripada semua kekayaan yang
ada.
Sesungguhnya tidak ada tukar gantinya kesihatan yang kita miliki itu.
Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kita tidak dapat tidak perlu melakukan
senaman. Senaman boleh kita lakukan secara bersendirian mahupun bersama
rakan-rakan kita.
Setiap hari semakin ramai yang menyedari akan peri kepentingannya melakukan
senaman.
Lihat saja sekeliling kita. Kini kita dapati, semakin ramai yang mengujungi
taman-taman rekreasi untuk melakukan senaman atau riadah.
Perkhidmatan Awam Negeri menyedari akan kepentingan mengekalkan anggotanya
berada di dalam tahap kesihatan yang terbaik.
Maka itu, beberapa program kesihatan telah disediakan. Di antaranya ialah
Larian Kesihatan.
Pada 19 Jun 1999 yang lalu, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak
telah mengajurkan Larian Kesihatan
RAKAN Sarawak sempat
menemubual salah seorang peserta acaa itu, En. Geoffrey Ramji dari DBKU
yang juga merupakan peserta pertama yang mencapai garisan penamat.
"Pengalaman kali pertama menyertai Larian Kesihatan 1999 (untuk pegawai-pegawai
kanan atau 'Skel A' kerajan) yang lepas sememangnya mencabar. Berlari
sejauh lebih kurang 6 km sememangnya meletihkan.
Bagi diri saya, cabaran sebenarnya bukannya datang dari para peserta tetapi
laluan larian.
Saya percaya objektif larian inibukanlah untuk melihat siapa kuat dan
pantas berlari tetapi leboh menjurus untuk memberitahu kepada kakitangan
kerajaan bahawa kesihatan amat penting agar mereka dapat memberi input
yang baik di dalam menjalankan tugas harian di samping dapat mencorakkan
cara hidup yang sihat.
Justeru, ternyata pemilihan laluan yang berbeza-beza permukaan laluannya
pada jarak tertentu memang mencabar.
Apa tidaknya, bermula dengan laluan bertar kemudian berbatu-bata, menyeberangi
parit, melalui jalan becak di kebun pisang seterusnya mendaki dan menuruni
bukit semenagnya begitu memenatkan.
Sungguh pun demikian, larian begini dapat mendedahkan dan membuka mata
serta minda kita kepada keadaan persekitaran yang tidak pernah dilalui
semasa pergi dan balik bertugas setiap hari.
Kita juga secara tidak langsung dapat mengetahui tentang aktiviti ekonomi
yang dijalankan di persekitaran kita bagi yang punca pendapatannya berbeza
daripada peserta larian.
Ternyata, penyertaan larian kesihatan tempoh hari amat menggakkan. Ramai
pegawai kanan kerajaan yang hadir dan dengan itu, para pegawai dapat berinteraksi
dan berkenalan di antara satu sama lain.
Walaupun demikian adalah lebih baik jika lebih ramai kakitangan kerajaan
yang menyertai larian ini.
Adalah dicadangkan agar larian ini tidak hanya terbuka kepada kategori
pegawai-pegawai kanan sahja tetapi kepada lain-lain kategori kakitangan
awam.
Ini sudah tentu mmebolehkan interaksi yang lebih baik kerana masih ramai
ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan yang tidak dikenali oleh kakitangan
bawahan sama da bertugas dalam satu jabatan yang sama atau berlainan dan
begitu juga sebaliknya.
Secara keseluruhannya, larian kesihatan yang lepas adalah mencabar.
Adalah dicadangkan agar laluan sedemikian dapat dikekalkan untuk larian-larian
pada masa akan datang seperti dengan mengadakannya di hutan-hutan taman
negara, merentas desa dan sebagainya."
|
|
 |