A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bandarku Indah, Bersih dan Berbudaya


Istilah 'bandar' merupakan istilah yang jarang diperkatakan secara mendalam.

        Biasanya kita cenderung untuk mengaitkan bandar dengan bangunan pencakar langit, penduduk yang ramai dan kesesakan jalan raya.

        Tidak kurang juga yang beranggapan 'bandar' adalah tempat yang indah; yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan tanpa memikirkan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mewujudkan sebuah bandar itu.

        Pernahkah terlintas di benak fikiran kita...siapakah yang perlu bekerja keras untuk melakukan pengorbanan ini?

        Berapa banyakkan tanah, simen, batu, kayu dan sebagainya yang perlu digunakan untuk membangunkan bandar?

        Berapa banyak wang yang perlu kita 'cairkan' untuk semua itu?

        Betapa kita bukan hanya berkorban dari segi fizikal malah kita juga terpaksa mengorbankan tradisi, adat resam, warisan dan sebagainya untuk pembangunan sesebuah bandar.

        Adakah kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita?

        Sesungguhnya kita telah banyak belajar dari segala kesilapan yang lalu.

        Maka, kini kita yang diam di bumi bertuah ini disajikan dengan sebuah pembangunan bandar yang lebih teratur di samping memberikan penekanan kepada pemupukan masyarakat yang berbudaya dan sejahtera di dalam serta juga di kawasan sekitarnya.

        Sarawak yang mempunyai 29 daerah dengan lebih 5,000 penempatan merupakan sebuah negeri yang memerlukan perancangan yang teliti apabila melaksanakan pembangunan.

        Kos yang tinggi dan keadaan geografinya yang pelbagai rupa merupakan cabaran besar untuk melaksanakan dan mewujudkan pembangunan yang seimbang di sini.

        Untuk itu perancangan yang amat teliti adalah perlu dan kajian demi kajian telah dilakukan oleh kerajaan dari masa je semasa dengan harapan akan dapat membina bandar serta penempatan masyarakat negeri ini yang lebih teratur serta selesa.

        Matlamat perancangan bandar di negeri ini adalah untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang di penempatan penduduk di samping meluaskan kegiatan ekonomi yang seterusnya akan mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.

        Sementara matlamat perancangan wilayah pula adalah untuk mewujudkan penbangunan seimbang di antara bahagian dan daerah di Sarawak dengan baik.

        Perancangan bandar yang baik serta berpandangan jauh kini amat perlu untuk mengelakkan kesesakan kawasan  bandar yang pastinyan akan berkembang dari semasa ke semasa.

        Ini dapat dilakukan dengan mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap, kemudahan fizikal dan sosial dan perkhidmatan yang moden agarapat meningkatkan mutu persekitaran dan kualiti kehidupan.

        Disamping itu pembangunan bandae satelit diserikan perhatian dengan harapan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang boleh membantu penduduk dan aktiviti ekonomi kawasan terbabit.

        Ini menjurus kepada pembukaan kawasan baru yang berpontensi untuk dimajukan.

        Pembangunan bandar satelit ini dapat menyalurkan usaha yang lebih cepat dan efisien kerana tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya.

        Bukan setakat itu sahaja, perancangan ini pastinya boleh mengelakkan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar yang menjadi punca utama mengapa kawasan banar padat dan sesak.

Pelan Perancangan Bandar Sarawak

Bermatlamat untuk :

        Mewujudkan Pembangunan Perbandaran yang Unik serta Tersendiri di Seluruh Negeri Sarawak atau dengan kata lain, pembangunan perbandaran di kawasan tertentu itu dibangunkan atau dinajukan sejajar dengan identiti tempat itu sendiri.

Misalnya:

  • Kuching - Pusat Pemerintahan, Pintu Masuk Utama, Industri Teknologi Tinggi, Pusat kewangan, Perdagangan, Perkhidmatan dan Perlancongan.
  • Samarahan - Pusat Akademik, Institusi Pengajian Tinggi dan Penyelidikan, Industri Bio-Teknologi dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu.
  • Sri Aman - Pertanian, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, Kelapa Sawit & Getah dan Pelancongan,
  • Sarikei - Zon Pemnprosesan kayu Tg. Manis dan Industri Perikanan.
  • Sibu - Pembalakan, Pembinaan Kapal dan Sagu.
  • Miri - Bandar Resort/Pelancongan, Pintu Masuk Kawasan Utara, Potroleum & Perladangan.
  • Limbang - Pertanian.
  • Bintulu - Petrokimia, Projek Mega, Perladangan dan Pembalaka.
  • Kapit - Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun dan Pelancongan.

Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998