A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
Persekitaran Kerja Berkualiti = Perkhidmatan Berkualiti

    Setiap hari malah setiap saat kita mengalami perubahan.

Ada perubahan yang kecil, ada yang besar. Ada yang cepat, ada yang perlahan. Malah ada perubahan yang sememangnya dirancang.

Terdapat banyak faktor yang mendorong perubahan berlaku di sekeliling kita. Salah satu daripadanya ialah pengenalan dan penggunaan teknologi baru di dalam urusan hidup kita.

Pengenalan dan penggunaan teknologi baru ini bukan sahaja melibatkan pembangunan pesat bidang-bidang seperti perindustrian berat dan pembuatan malah turut membantu meningkatkan kemajuan di dalam bidang-bidang lain seperti perkhidmatan.

Perkhidmatan awam turut tidak terkecuali. Perkhidmatan awam sekarang banyak sekali perbezaannya berbanding 30 atau 20 tahun lalu. Dalam tempoh waktu itu, perkhidmatan awam kita telah menerima dan mengguna pakai konsep dan teknologi baru di dalam pentadbirannya.

Misalnya secara fizikal, pejabat-pejabat kerajaan sekarang sudah ditempatkan di bangunan-bangunan yang lebih selesa serta dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan operasinya sejajar dengan konsep pejabat moden

Semua itu dilakukan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan berkualiti

Persekitaran kerja yang berkualiti amat penting kerana dengannya akan terhasil output atau produktiviti yang berkualiti. Namun suasana persekitaran kerja yang berkualiti tidak bergantung kepada kecanggihan penyediaan fizikal tempat itu semata-mata.

Sebaliknya unsur utama yang mewujudkan suasana ini ialah kakitangan yang menggunakan atau mengendalikan kemudahan yang tersedia itu.

Untuk itu adalah penting kakitangan awam mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengendalikan segala kemudahan yang disediakan itu. Perlu juga kakitangan awam kita mempunyai pemahaman yang jelas tentang tugas yang diamanahkan kepadanya.

Dengan ini, kakitangan terbabit akan dapat mengetahui ruang-ruang yang boleh diperbaiki dan patut dilakukannya bagi memudahkan dia menjalankan tugas hariannya.

Apabila kakitangan terbabit berasa mudah, maka dia akan berasa seronok dan selesa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dan ini merupakan jaminan kepada produktiviti dan kualiti daripada beliau.

Selain daripada itu, kualiti persekitaran kerja juga dapat dipertingkatkan jika setiap kakitangan awam dapat mempraktikkan interaksi serta komunikasi yang berkesan sesama rakan sejawatan, dengan pegawai atasan, kakitangan bawahan dan juga orang awam. Elakkan kera sumbang dan sifat ego. Ia tidak membawa anda ke mana-mana.

Ini kerana interaksi dan komunikasi yang berkesan akan dapat meningkatkan kesefahaman di dalam organisasi dan dengan kesefahaman yang mantap, elemen-elemen negatif di dalam perlaksanaan tugas dan juga dalam diri individu akan dapat disingkirkan.

Kakitangan yang positif akan dapat membina persekitaran yang positif dan berkualiti bukan sahaja untuk dirinya malah juga untuk rakan-rakandi dalam organisasi terbabit secara keseluruhannya dan juga orang awam secara amnya.

Di dalam perkhidmatan awam, terdapat banyak cara atau kaedah untuk mempraktikkan interaksi serta komunikasi berkesan ini.

Di antaranya ialah melalui mesyuarat atau dialog bersama antara kakitangan dengan pihak pengurusan. Selain itu, kakitangan awam juga boleh menggunakan saluran-saluran lain yang tesedia sepert mesyuarat staff dan peti cadangan.

Sungguh pun demikian, saluran-saluran ini haruslah digunakan dengan penuh tanggungjawab dan bukannya disalahgunakan untuk mengkritik membuta tuli

Dengan amalan sedemikian kualiti akan sentiasa dapat dipertingkatkan tanpa batasan.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998