A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
Pembangunan Sumber Manusia - Pelaburan Jangka Panjang

Pembangunan; suatu yang sentiasa dikejar untuk dinikmati. Kebanyakan kita berpendapat pembangunan mampu membawa kemajuan di samping berupaya melonjakkan kita ke status yang lebih baik.

Negeri bertuah ini amat kaya dengan pelbagai sumber terutama sumber aslinya dan sejak mencapai kemerdekaan, sumber ini telah digunakan untuk mengembangkan ekonomi negeri dan seterusnya menjadi penegak tiang seri pembangunan negeri ini.

Sebenarnya dengan jumlah sumber yang begitu banyak ini, negeri ini berupaya memecut jentera pembangunannya lebih laju lagi.

Untuk itu, kita perlu memajukan ekonomi negeri dengan tidak lagi hanya bergantung kepada pengeluaran sumber asli sahaja sebaliknya dikembarkan seiringan dengan pembangunan ekonomi berasaskan industri.

Pembangunan ekonomi berasaskan industri memerlukan kita menguasai teknologi tinggi. Bagi membolehkan kita menguasai teknologi tinggi maka kita perlu pekerja yang berkemahiran serta berpengetahuan tinggi.

Untuk itu, sistem pendidikan kita harus berupaya melahirkan pelajar yang mampu menguasai ilmu dengan efektif agar mereka ini kelak akan menjadi tenaga sumber manusia yang berkualiti tinggi. Ianya harus dimulakan dari awal lagi seperti kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Sumber manusia yang berkualiti tinggi akan berupaya merangka pembangunan yang lebih terancang dengan menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum.

Sebagai pelengkap kepada sistem itu, sumber manusia ini harus diberikan latihan yang berterusan mengikut bidang yang mereka ceburi agar dengan itu mereka mampu meningkatkan lagi kemahiran mereka sejajar dengan perubahan semasa yang berlaku.

Di sektor awam pelbagai kaedah (kursus dan latihan) telah diperkenalkan bagi melatih serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggotanya agar mereka ini dapat menyalurkan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti.

Peranan membangunkan sumber manusia sebenarnya adalah tanggungjawab semua pihak, bukan semata-mata terletak di bahu kerajaan. Sektor awam sebagai agen pembangunan masyarakat secara tersiratnya  juga adalah sebagai agen pembangunan sumber manusia yang terdapat di dalam masyarkat kita.

Di dalam hal ini peranan ibu bapa boleh membantu misalnya dengan memberikan galakan dan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.

Setiap agensi di dalam perkhidmatan awam seharusnya memainkan peranan ini tanpa mengira sama ada agensi itu terlibat secara langsung atau tidak dengan masyarakat.

Ini kerana kepakaran serta pengalaman luas yang mereka miliki perlu digunakan bukan sahaja untuk melaksanakan tugas seharian mereka tetapi harus juga disalurkan untuk membangunkan potensi sumber manusia yang ada di kawasan tempat mereka beroperasi.

Ini boleh mereka lakukan misalnya dengan melaksanakan projek angkat contohnya mengambil satu darjah atau tingkatan di sekolah atau kampung tertentu di tempat mereka sebagai anak angkat agensi terlibat.

Agensi kerajaan terlibat perlu menerangkan peranan mereka di dalam membangunkan masyarakat setempat dan bagaimana masyarakat setempat boleh membantu agensi kerajaan terbabit dan diri mereka untuk menikmati pembangunan sebagaimana yang mereka kehendaki.

 
Current Issue | Archives: 2003: February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998