A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
MENYUSURI SUNGAI-SUNGAI SARAWAK

oleh Mohd. Fazli Noh



Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1993 di bawah Seksyen 3, Ordianan Sungai-Sungai Sarawak 1993.

Tugas dan tanggungjawab Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagaimana yang dinyatakan di dalam peruntukan Seksyen 12 (1) dan 12 (2) Ordinana Sungai-Sungai Sarawak 1993 antara lain :

  • melibatkan pelan pembangunan sistem trafik sungai
  • mengenal pasti dan mewujudkan kawasan berlabuh
  • berkuasa mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sungai-sungai dari dicemari kotoran, bahan buangan dan sisa-sisa lain.
  • bertanggungjawab berhubung pengangkutan kargo atau penumpang yang menggunakan kapal
  • pengawalan operasi kapal-kapal perdagangan
  • Terdapat empat wilayah pentadbiran utama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang berpusat di :

    1. 
    Kuching (Wilayah I)
    2. 
    Sibu (Wilayah II)
    3. 
    Miri (Wilayah III)
    4. 
    Bintulu (Wilayah IV)

    Cawangan utama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pula terdapat di Sematan, Lundu, Sarikei, Tanjung Manis, Kapit, Belaga, Song, Kanowit, Mukah, Limbang, Lawas dan Kuala Tatau.

    Kebersihan Sungai

    Perkara ini adalah merupakan di antara tanggungjawab utama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagaimana yang direuntukkan di dalam Peraturan (Kebersihan) Sungai-Sungai Sarawak 1993.

    Kuasa yang diperuntukan itu meliputi usaha atau kegiatan memelihara dan mengekalkan kebersihan sungai-sungai di Sarawak melalui beberapa cara. Untuk itu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menggunakan beberapa pendekatan yang antara lainnya ialah seperti:

    • mengadakan sesi dialog serta ceramah di sekilah-sekolah yang memberikan penekanan kepada kepentingan memelihara kebersihan serta kepentingan sugani kepada alam sejagat
    • mengadakan dialog dan mesyuarat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk oihak berkuasa tempatan dan pengusaha kapal dan kilang
    • mengadakan aktiviti seperti Pelancaran Hari Sungai dengan tujuan untuk menarik perhatian umum betapa pentingnya sungai kepada kita semua
    • menerbitkan serta mengedarkan risalah tentang penjagaan kebersihan sungai
    • menjadi penggerak Program Kebersihan Sungai di seluruh negeri
    • menerbit/menyediakan Video Pendidikan berkaitan kebersihan sungai, pencemaran sungai, hakisan tebing dan sebagainya.
    • menjalankan pemeriksaan, pengeluaran surat peringatan di samping tindakan mengenakan kompaun kepada mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan
    Namun peranan serta kerjasam orang awam, masyarakat perkapalan serta agensi kerajaan yang lain amat perllu bagi membolehkan segala peraturan serta program yang telah digubal dan disusun itu dapat dilaksanakan dengan baik.

    Bagaimana kita semua boleh membantu memelihara dan memulihara sungai-sungai kita?

    a. dengan tidak membuang sisa kotoran, bahan buangan, sisa kilang dan sebagainya ke dalam sungai
    b. memberikan tunjuk ajar kepada generasu muda tentang kepentingan sungai kepada alam sejagat atau dengan lain perkataan : kepimpinan melalui teladan

    c. kepada pengusaha kilang yang beroperasi di sepnajang sungai (terutama mereka yang mengusahakan industri perkayuan), mereka bolehmembantu dengan membina halangan seperti tembok penahan (retaining wall) bagi menghalang sisa dari kerja-kerja pemprosesan kayu tidak terus terjatuh ke dalam sungai

    d. terlibat aktif di dalam aktivitikebersihan sungai yang dianjurkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

    e. melaporkan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sekiranya diketahui ada pihak yang membuang sisa kotoran atau mencemarkan sungai. Untuk itu anda boleh menghubungi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di kawasan berhampiran anda:

     
    Wilayah I (Cawangan Kuching)
    Assisstant Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel    : 082-207107 / 207110 / 207111 / 207112

    Faks    :    082-234096

    Wilayah I (Cawangan Sematan)
    Pegawai menguasa, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

    Tel    : 082-320155

    Wilayah II (Cawangan Sibu)
    Assisstant Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel    : 084-341986 / 341937        Fax    : 084-341939 

    Wilayah III (Cawangan Miri)
    Assisstant Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel    : 085-425844 / 425854

    Kuala Baram
    Pegawai menguasa, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel    : 085-604164

    Wilayah IV (Cawangan Bintulu)
    Assisstant Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel. dan Faks : 086-335853 / 315908

    Bahagian Kapit 
    Penolong Pengurus Pelabuhan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel. dan Faks    : 084-797485

    Bahagian Sarikei
    Pegawai menguasa, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

    Tel. dan Faks    : 084-658275

    Bahagian Mukah
    Pegawai menguasa, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

    Cawangan Mukah. Tel. dan Faks    : 084-871963

    Bahagian Limbang
    Penolong Pengurus Pelabuhan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

    Tel.     : 085-214116

    Cawangan Kuala Tatau
    Pegawai Menguasa, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

    Tel.   : 086-584299

     


    Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

    2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

    2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

    2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

    2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

    2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

    2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

    2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

    1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

    1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998