A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kita Masyarakat. SIFAR VANDALISME?

Sejak mencapai kemerdekaan, negeri bertuah ini pesat membangun.  Pelbagai kemajuan telah kita tempa.  Nikmat dari kemajuan ini telah membolehkan kita mengecapi keselesaan serta tahap hidup yang lebih baik.
       
Semua itu tercapai dengan kegigihan agensi kerajaan  yang terlibat di dalam merancang serta menyediakan kemudahan-kemudahan itu selaras dengan keperluan semasa dan kehendak masyarakat setempat.

       
Semua itu tercapai dengan kegigihan agensi kerajaan yang terlibat di dalam merancang serta menyediakan kemudahan-kemudahan itu selaras dengan keperluan semasa dan kehendak masyarakat setempat.

       
Mungkin kita jarang terfikir tentang perkara ini : kemudahan awam yang disediakan itu sebenarnya merupakan antara ciri paparan kemajuan sesebuah negara itu.  Kewujudannya juga mencerminkan imej serta pembawaan masyarakat kita sebagai masyarakat yang menempa kemajuan.

       
Namun kenyataan yang kita hadapi, kita dapati semakin banyak kemudahan awam disediakan, semakin 'ganas' serta 'rakus' 'makhluk perosak' dari segelintir masyarakat kita memusnahkannya.

       
Perkara sedemikian sememangnya berlaku di mana-mana termasuk di negara-negara yang telah maju sekalipun.  Kita tidak dapat mengelakkannya - mungkin ada yang berpendapat atau berkata begitu.  Itu pandangan yang salah dan sempit.  Apa yang berlaku di negara maju, kita sememangnya tidak dapat memperbaiki.  Namun kita yang sedang mengorak langkah ke arah itu, bukankah masih boleh memperbaikinya?

       
Dari beberapa tinjauan serta kajian yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan, didapati perbuatan musnah laku (Vandalisme) semakin menjadi-jadi selari dengan bertambahnya jumlah kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan awam yang cukup popular di kalangan 'makhluk perosak' ini ialah:

Telefon Awam
     
Di seluruh Sarawak, Syarikat Telekom telah mendirikan 7011 buah telefon awam (sehingga April 1998) sebagai melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

       
Syarikat ini membelanjakan RM5000/-hingga RNM20,000/-bagi penyediaan sebuah telefon awam (bergantung kepada telefon awam itu disediakan).

       
Namun jumlah telefon awam yang rosak atau tidak berfungsi lagi semakin bertambah dari setahun ke setahun selari dengan jumlah pertambahan telefon awam yang disediakan.

       
Telekom Malaysia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM350/-bagi menggantikan atau membaiki kekrosakan atau kehilangan yang hanya melibatkan gagang telefon dan jumlah itu meningkat sehingga RM20 000/- sekiranya berlaku kerosakan total.

       
Kebanyakan kerosakan atau kehilangan yang sering berlaku pada telefon awam ialah gangan telefon, peti wang, 'card reader,' 'keypad,' 'coin channel' dan 'insturction plate.'

     
Seandainya 1 000 buah telefon awam yang mengalami kerosakan atau kehilangan gagangnya maka Telekom Malaysia terpaksa membelanjakan RM350 ribu untuk menggantikan dengan yang baru.  Jumlah itu boleh digunakan untuk membina 70 buah telefon awam yang baru!

Taman Rekreasi

Perbuatan musnah laku bukan semata-mata merosakkan harta benda awam malah perbuatan ini juga menjurus kepada memusnahkan alam sekitar.
       
Taman-taman rekreasi turut menjadi sasaran mereka.  Terdapat beberapa kejadian pokok  palma yang ditanam telah dipotong, manakala lampu-lampu yang terdapat di taman terbabit dijadikan sasaran berlatih melastik.

       
Kos menanam sepohon palma setinggi 1 meter ialah kira-kira RM100/-  Ini bermakna jika sepohon pokok palma itu telah dipotong maka pihak berkuasa tempatan terpaksan mengantikannya dengan pokok palma yang dan ini akan melibatkan kos tambahan RM100/- lagi.

       
Bayangkan, jika sebuah taman rekreasi yang mempunyai lima pohon palma yang dipotong, maka pihak berkuasa tempatan akan terpaksa menanggung kos tambahan RM500/- lagi!

       
Itu baru melibatkan sebuah taman rekreasi dan sejenis tanaman.  Di seluruh Sarawak, terdapat 25 buah pihak berkuasa tempatan (majlis bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah) dan sekurang-kurangnya dibawah kendalian mereka terdapat dua buah taman rekreasi.

       
Bayangkan jika setiap 50 buah taman rekreasi ini mengalami kerugian minimum RM2000/9  Ini bermakna RM100 ribu terpaksa dibelanjakan untuk mengantikan kerosakan itu.

       
Gejala ini perlu kita perangi habis-habisan.  Kita perlu memberikan kerjasama bagi membantu membendung perbuatan ini daripada terus berulang.

       
Kerajaan Negeri Sarawak di dalam Belanjawan 1998, telah memperuntukkan RM350 juta atau 18% dari keseluruhan belanjawan untuk kemudahan awam, sukan dan rekreasi dan kerajaan tempatan (agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyedia, menjaga dan menyelenggara kemudahan awam).

       
Mungkin kita tidak kisah sangat dengan jumlah itu kerana beranggapan itu bukannya wang kita - itu wang kerajaan.  Akan tetapi kita perlu ingat, kerajaan memperolehi sumber kewangannya dari kita juga.  Bagaimana?  Melalui cukai pendapatan yang dikenakan ke atas kita serta juga ke atas peniaga dan pembekal barangan dan perkhidmatan yang mana kita belanjakan sejumlah pendapatan kita untuk membeli dan memperolehinya dari mereka.

       
Dari sumber pendapatan itu, kerajaan gunakan untuk membiayai pembangunan dan pengurusan negara  serta penyediaan kemudahan untuk keselesaan  orang awam.

       
Oleh itu, jaga dan gunakan kemudahan awam dengan baik sebagaimana kita menjaga dan menggunakan harta milik kita sendiri. Semaikan, suburkan dan budayakan sikap ini dalam kiri kita dan juga pada diri rakan kita, ahli keluarga kita, jiran kita dan masyarakat kita.

       
Ingat! Memusnahkan atau merosakkan harta benda awam sama seperti kita memusnahkan harta milik kita, rakan kita, keluarga kita, jiran kita dan masyarakat kita.
 


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998