A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Membentuk Masyarakat Berkesedaran Sivik


 

Naluri manusia sememangnya cenderung kepada keindahan serta keselesaan.  Kedua-dua elemen ini menjadi sinonim kepada kebahagiaan yang kita dikecapi.  Naluri ini juga yang menjadikan kita sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan tahap kehidupan kita.

Namun tidak semua dari kalangan kita yang tahu menghargai keindahan serta keselesaan yang ada atau yang disediakan untuk kita.  Terdapat segelintir dari masyarakat kita yang seolah-olah seperti 'kera mendapat bunga.'  Perbuatan mereka itu bukan sahaja merugikan orang lain malah turut menganggu ketenteraman serta membahayakan keselamatan pengguna yang lain.

       
Persoalannya sekarang bolehkah keadaan ini di bendung?  Tentu sekali boleh.  Apa yang perlu ialah kita perkemaskan  strategi dan pendekatan kita untuk menangani permasalahan ini.

       
Pendekatan yang kita gunakan di dalam sistem pendidikan suatu ketika dahulu melalui matapelajaran Tatarakyat dan Pendidikan Moral harus  diserapkan dan disusun semula agar lebih mantap.  Penekanan juga harus diberikan kepada penglibatan pelajar sekolah di dalam berpersatuan dengan matlamat bukan sahaja untuk mengasah bakat kepimpinan dan semangat bekerjasama mereka tetapi juga sebagai landasan untuk menanam kesedaran bermasyarkat dna menunaikan tanggungjawab mereka sebagai salah seorang dari anggota masyarakat.

       
Usaha ini tidak mencukupi setakat itu.  Peranan mereka di luar sistem pendidikan juga penting.  Melalui institusi keluarga yang memberikan teladan baik, membudayakan nilai-nilai murni akan dapat menyediakan asas membentuk masyarakat yang berkesedaran sivik.  Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak serta ahli keluarga mereka agar bersifat dengan sifat yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni.

       
Tidak boleh kita ketepikan juga ialah peranan instiusi kejiranan.  Semangat kejiranan harus sentiasa dipupuk.  Jiran yang muafakat, beritimbang rasa serta saling hormat menghormati dan bertanggungjawab akan dapat membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa, indah dah harmoni.  Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang saling tegur menegur serta ingat mengingati ke arah kebaikan.

       
Di samping itu penglibatan kerajaan di dalam meningkatkan kesedaran sivik di kalangan masyarkat sememangnya tidak pernah dilupakan.  Namun usaha ke arah itu kini perlu perlaksanaan yang lebih mantap.  Adalah tidak memadai jika sekadar mengubal peraturan, undang-undang serta program tertentu untuk menangani masalah ini dan menyerahkannya untuk dilaksanakan oleh agensi tertentu sahaja.  Sekarang bukan lagi kaedah yang berkesan.  Sebaliknya kini adalah ketikanya semua agensi menangani persoalan ini.

       
Misalnya di dalam merancang aktiviti tahunan, setiap agensi kerajaan harus memberikan penekanan kepada usaha menyemarakkan kesedaran sivik dikalangan kakitangannya.  Penggunaan medium yang sedia ada seperti kempen, ceramah serta pameran masih praktikal tetapi perlu kepada sentuhan dan pendekatan baru agar lebih mendatangkan kesan ke atas golongan sasar.

       
Di samping itu perlu juga dirancang aktiviti yang akan merangkumkan penglibatan bersama masyarakat setempat serta  agensi kerajaan lainnya.  Ini boleh dilaksanakan misalnya melalui Hari Terbuka atau Hari Keluarga agensi atau jabatan kerajaan terbabit.

       
Begitu juga dengan penglibatan badan-badan bukan kerajaan terutama pertubuhan belia.  Kini seharusnya ada satu agenda utama di kalangan mereka yang akan mengabungkan segala usaha, tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan ini.  Mungkin dengan pengabungan serta kerjasama ini akan melahirkan idea yang lebih bernas atau pendekatan yang praktikal serta kreatif dan memberikan kesan yang lebih baik lagi.

       
Masyarakat yang memiliki kesedaran sivik yang sempurna adalah masyarakat yang akan mencapai keseimbangan (lahiriah dan rohaniah) di dalam kehidupan.  Ini sebenarnya matlamat yang perlu kita capai agar kemajuan dan kemakmuran yang diidam-idamkan itu lebih berkat.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998