A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
JKKK Sehati Sejiwa Pelincir Pembangunan di Daerah Dalat

Seperti juga tempat-tempat lain di negeri ini, Dalat sedang mengorak langkah progresif menyajikan pembangunan kepada penduduknya. Projek Bandar Baru Dalat yang apabila siap sepenuhnya kelak akan memberikan wajah baru kepada Pekan Dalat. Fasa 1 sedang dimajukan dengan kemudahan prasarana asas sepeti rangkaian jalan raya yang baru dengan sistem perparitan yang lebih sempurna sedang dibina.

Sementara itu sejumlah RM150 ribu telah dibelanjakan untuk projek jalan kampung pada tahun lepas yang melibatkan pembinaan jalan di lima buah kampung dan untuk tahun ini sejumlah RM140 ribu diperuntukkan untuk membina empat batang jalan kampung.

Penduduk di daerah ini lebih tertumpu di kawasan berhampiran pantai. Sungguhpun kawasan ini dilitupi paya, ini tidak menghalang mereka menjalankan kegiatan sara hidup mereka yang memberikan pulangan hasil yang cukup lumayan iaitu berkebun rumbia (yang menjadi warisan turun temurun mereka).

Di samping itu Dalat mempunyai potensi yang baik di dalam kegiatan pelancongan terutama pelancongan ala 'homestay' memandngkan beberapa kegiatan seperti membuat makanan ringan tradisi kaum Melanau - sagu (saguk) pasti menarik perhatia pelancong yang bukan sahaja ingin mengetahui kaedah pembuatannya tetapi pengalaman membuatnya.

Kawasan pedalamannya pula menjanjikan suasana yang lebih tenteram dan juga mancabar bagi mereka yang gemar kepada pelancongan yang lebih merapati alam sekitar dan pengembaraan.

Potensi ini akan dengan mudah dapat dibangunkan untuk menyebarkan kesejahteraan kepada masyarakatnya memandangkan selama ini kesefahaman serta penerimaan yang baik masyarakatnya terhadap agenda pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan di Dalat telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Ini terbukti melalui kegiatan aktif Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang terdapat di kawasan ini. JKKK Rumah Panjang James Medan di Ng. Tangit, Batang Oya dan penempatan berkumpulan 23 buah rumah panjang di Ng. Sekuau, Jalan Ulu Oya merupakan antara contoh terbaik.

JKKK Rumah James Medan telah berjaya memajukan beberapa projek kecil yang diusulkan kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup mereka oleh agensi kerajaan seperti menternak ikan air tawar dan menternak biri-biri.

Sikap proaktif JKKK Rumah James Medan ini telah memberikan banyak kebaikan kepada mereka.

Kegigihan mengusahakan kegiatan menternak biri-biri secara berkumpulan membawa kejayaan apabila mereka telah muncul Naib Johan Penternak Bebiri Jaya 1996.

Jualan ternakan biri-biri itu turut mendatangkan pulangan lumayan. Tidak setakat itu sahaja, kaum wanita mereka jug mahir di dalam menghasilkan hasil tenunan dari bulu biri-biri di samping membuat beberapa kraftangan lain.

Penghuni rumah panjang ini juga aktif menyertai beberapa gerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan misalnya mereka telah menubuhkan unit Rakan Muda mereka di samping menyertai Gerakan Desa Wawasan.

Penempatan berkumpulan rumah panjang di Ng. Sekuau yang sejarahnya bermula sejak tahun 1976 (berikutan ancaman penganas komunis ketika itu di sekitar kawasan ini) telah menunjukkan kesungguhan melaksanakan beberapa projek kecil melalui JKKK mereka.

Di penempatan ini struktur JKKKnya agak unik sedikit berbanding di tempat lain. Setiap rumah panjang mempunyai organisasi JKKKnya sendiri. Setiap organisasi JKKK ini pula akan menghantar seorang wakil mereka untuk enyertai JKKK peringkat Induk penempatan ini.

Setiap cadangan dariJKKK peringkat rumah panjang yang berdaya maju akan diketangahkan ke pengetahuan JKKK Induk untuk dibincangkan dan diputuskan untuk perlaksanaan. Ini bertujuan bagi projek yang akan dilaksanakan di samping akan dapat mengembeleng jumlah sumber dan tenaga yang maksimum untuk perlaksanaan projek yang akan dilaksanakan.

Sungguh pun beberapa projek JKKK rumah panjang di Ng. Sekuau ini masih diperingkat permulaan namun kesungguhan ahlinya menjayakan projek-projek itu memberikan jaminan untuk kejayaan yang cemerlang. Kedudukan penempatan ini yang berhampiran dengan Bandar Sibu (kira-kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan) juga merupakan suatu kelebihan yang dikeluarkan dari projek-projek JKKK ini mudah dipasarkan terus ke Sibu.

Keutuhan dan kesepaduan hati setiap JKKK Rumah James Medan dan JKKK di penempatan Ng. Sekuau di samping sikap positif dan proaktif mereka terhadap agenda pembangunan kerajaan telah berupaya meningkatkan taraf hidup mereka.

Sebagai kakitangan awam pula, kita seharusnya perlu sentiasa memberikan bantuan, dorongan serta sokongan kepada organisasi seperti JKKK di dalam usaha membawakan pembangunan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

JKKK yang aktif dan proaktif jika ditatang dengan hati-hati akan menjadi pelincir agenda pembangunan kerajaan dan sekaligus memudahkan usaha pembangunan.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998