Teras
Budaya Sains dan Teknologi
PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN
Pertumbuhan ekonomi negara banyak
disokong oleh peningkatan pelaburan . Sejak Julai 1997, arah aliran pertumbuhan
ini sedikit terjejas sehinggakan kadar pertumbuhan ekonomi negara untuk suku
pertama dan kedua tahun ini telah menunjukkan unjuran negatif. Ini sedikit sebanyak
membimbangkan semua pihak sehinggakan kerajaan memutuskan untuk mengambil beberapa
langkah drastik bagi tujuan memulihkan situasi ini.
Dari beberapa maklumat yang diperolehi
menjelangkan pembentangan Belanjawaan Negara 1999, terdapat beberapa tanda ekonomi
negara semakin 'kebah dari demamnya' dan dijangka menjelang penghujung
tahun ini tanda-tanda penyembuhan ini semakin nyata dan ini pasti mempercepatkan
lagi pemulihan ekonomi lebih awal dari yang dijangkakan.
Ketika membentangkan Belanjawan 1998
pada 17 Oktober 1997, Menteri Kewangan Malaysia, ada menyatakan bahawa 'pertumbuhan
ekonomi negara umumnya didorong oleh penigkatan pelaburan yang merupakan 44.8%
daripada KNK. Dengan kadar pelaburan yang tinggi ini, negara berupaya mencapai
pertumbuhan mangsang sekiranya kita dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti."
Beliau seterusnya menambah pelaburan yang berkualiti atau dengan lain perkataan
kualiti pelaburan yang ditingkatkan melalui perlaksanaan program penyelidikan
dan pembangunan (P&P) mampu membantu proses perindustrian negara agar lebih
mantap dan ini juga meningkatkan mutu barangan buatan tempatan yang pastinya
memberikan daya saingan sihat kepada barangan import.
Di dalam usul pembentangan belanjawan
itu, Menteri Kewangan juga telah mengumumkan peruntukan Rm270 juta untuk meningkatkan
kemahiran di dalam P&P, sains dan teknologi yang merangkumi bidang-bidang
bioteknologi, otomotif, pembuatan, tenaga, bahan termaju, aerospace dan
multimedia.
P&P sememangnya memberikan sumbangan
yang bermakna kepada kemajuan negara. Ini kerana melalui P&P keupayaan negara
dapat ditingkatkan untuk mengadaptasi serta memperbaiki teknologi yang diterima
atau diimport. Di samping itu P&P berupaya juga mengalakkan ciptaan dan
penggunaan teknologi tempatan yang pada akhirnya dapat meningkatkan nilai tambah
produk yang dihasilkan. Membudayakan P&P secara tersiratnya akan dapat menigkatkan
lagi produktiviti negara serta daya saing produk tempatan. Ini juga akan dapat
mengurangkan pengantungan kepada pengimportan bahan separuh siap untuk kegunaan
industri tempatan.
Sejak awal kemerdekaan negara lagi,
kegiatan P&P memang sudah wujud. Namun sejak sekian lamaperkara itu tidak
diberikan perhatian yang sewajarnya.
Penubuhan beberapa institusi penyelidikan
seperti Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Intitut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Minyak Kelapa
Sawit Malaysia (PORIM), pusat-pusat penyelidikan pertanian kendalian Jabatan
Pertanian dan Intitut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
telah banyak membantu membangunkan sektor pertanian komersil dan perindustrian
negara.
Di samping itu kesedaran umum kepada
betapa pentingnya penjagaan alam sekitar agar mempu menampung kelangsungan hidup
manusia telah mendorong pihak berwajib menubuhkan beberapa pusat penyelidikan
berkaitan alam sekitar dengan tujuan menjaga, memulih serta menggunakan produknya
dengan betul untuk kesejahteraan manusia keseluruhannya.
Keadaan negeri Sarawak yang 67% buminya
masih segar hijau, menyimpan pelbagai misteri alam merupakan sebuah 'makmal
hidup' yang harus dieksploitasi untuk aktiviti P&P dan jika dimajukan
dengan sempurna dan teliti, akan memberikan manfaat bukan sahaja untuk negeri
ini malah untuk kesejahteraan manusia keseluruhannya.
Oleh yang demikian langkah Kerajaan
Negeri mengubal Akta Pusat Kepelbagaian Bio 1997 (Biodiversity Centre
Bill 1997) merupakan langkah yang bijak.
Ini kerana sekarang terdapat banyak
kajian dan penyelidikan yang dijalankan ke atas sumber-sumber yang diperolehi
dari hutan kita. Dengan adanya akta ini melalui peraturan dan peruntukannya
itu, akan dapat memastikan negeri ini khasnya dan Malaysia amnya akan memperolehi
manfaat dari kajian dan penyelidikan itu.
Beberapa agensi kerajaan di negeri
ini telah menunjukkan beberapa kejayaan yang cemerlang di dalam penyelidikan
mereka dan sekiranya dibangunkan untuk tujuan komersil dengan perancangan yang
teliti, tidak mustahil produk yang dihasilkan dari aktiviti P&P itu akan
dapat manjadi sumber pendapatan utama bagi negeri ini pada masa akan datang.
Untuk itu pusat-pusat penyelidikan
yang sedia wujud seperti yang dimiliki oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan
dan MARDI perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar dapat mengendalikan
aktiviti P&P dengan lebih terperinci untuk tujuan komersil dan bukannya
sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja.
Sementara itu sektor yang selama
ini memberikan pulangan hasil yang lumayan kepada Sarawak perlu diberikan penekanan
agar menjalankan P&P agar produk yang dihasilkan itu mempunyai nilai tambah
yang tinggi yang seterusnya akan memberikan pulangan yang lebih lumayan.
Bagi Sarawak, jika aktiviti P&P
diberikan perhatian khusus, pastinya arah aliran pembangunan negeri ini kan
lebih mapan serta akan dapat menjamin kamakmuran yang berpanjangan.
Peruntukan Pembangunan Untuk
Sains dan Teknologi 1986 - 1995 (RM Juta)
| |
RMK5
|
RMK6
|
RMK7
|
|
Penyelidikan
dan Pembangunan
Secara
Langsung
|
413.8
|
285.4
|
629.0
|
567.1
|
1000.0
|
|
Pembangunan
Teknologi Untuk IKS
|
-
|
-
|
-
|
-
|
100.0
|
|
Perolehan
Teknologi
|
-
|
-
|
-
|
-
|
100.0
|
|
Mengkomersilkan
Teknologi
|
-
|
-
|
-
|
-
|
100.0
|
|
Infrastruktur
dan Pembangunan
Sains
dan Teknologi
|
126.7
|
109.1
|
807.7
|
629.3
|
1749.0
|
Jumlah
|
540.5
|
394.5
|
1436.7
|
1196.3
|
3049.0
|
Sumber
: Rancangan Malaysia Ketujuh
|