A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pendidikan: Pelaburan Jangka Panjang

Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada keupayaan masyarakatnya mengadaptasi perubahan serta mengekploitasi segala ilmu dan teknologi yang ada. Di samping itu keupayaan meneroka elemen-elemen baru juga mampu membawa kepada peningkatan kemajuan dan seterusnya menambah baik tahap kehidupan keseluruhannya.

Untuk itu perlu ada suatu sistem yang akan menguruskan serta mengilap dan melatih mereka yang berpotensi dari kalangan masyarakat umum untuk meneruskan pembangunan negara ; sistem ini dikemali sebagai sistem pendidikan.

Suatu ketika dahulu sewaktu kita masih dibawah jajahan kuasa asing, sistem pendidikan yang ada pada masa itu tidak mampu untuk melahirkan lebih ramai para intelek yang boleh mentadbir negara ini. Apa ynag disogokkan kepada kita ketika itu lebih daripada pendidikan asas yang hanya memungkinkan kita untuk terus hidup dibawah penguasaan mereka sahaja.

Sungguhpun begitu, kesedaran di kalangan masyarakat betapa perlunya ilmu telah mewujudkan sistem pendidikan formal berasingan daripada sistem pendidikan formal penjajah malah amat berasingan dari suatu bangsa dengan bangsa yang lain.

Sehingga kita mengecapi kemerdekaan, sistem pendidikan negara ketika itu juga masih belum mampu untuk menampung keseluruhan keperluan tenaga kerja berpendidikan negara. Hanya segelintir sahaja yang berpeluang melanjutkan pengajian tinggi mereka di dalam negara manakala yang berkemampuan pula terpaksa dihantar ke luar negara.

Pendidikan di Sarawak juga telah banyak mengalami perubahan serta kemajuan sejak menikmati kemerdekaan.

Hampir empat dekad Sarawak merdeka dan sejak itu Sarawak telah melangkah maju sebanding negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Kemajuan yang kita nikmati itu adalah berkat sumbangan tenaga kerja yang berkemahiran dan berilmu yang lahir dari sistem pendidikan yang kita amalkan.

Sumbangan dari agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan yang memberikan peluang anak bangsa mendapatkan pinjaman pelajaran serta biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka ternyata banyak membantu menambah bilangan anggota masyarakat memperolehi pendidikan tinggi.

Namun pendekatan ini mempuyai batasannya iaitu andaikata pelajar yang berpotensi tidak disokong permohonannya mendapatkan pinjaman pelajaran atau biasiswa atau pelajar terbabit tidak memohon atau permohonannya ditolak kerana beliau tidak layak, maka pastinya peluangnya untuk memperolehi pengajian tinggi sedikit sebanyak terjejas.

Akan tetapi, situasi sedemikian boleh dielakkan seandainya pendekatan yang memberikan penumpuan awal kepada pelajar-pelajar sekolah misalnya pelajar-pelajar terpilih di sesebuah sekolah dijadikan anak angkat agensi kejaan tertentu diberikan perhatian.

Sebuah agensi kerajaan misalnya boleh menjadikan satu tingkatan di sekolah terbabit sebagai anak angkat mereka melalui Kelab Kebajikan dan Sukan agensi terbabit dengan bekerja sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Pemilihan itu pula tidak semestinya dari kalangan mereka yang terbaik saja tetapi perlu diberikan keutamaan kepada mereka yang berpotensi.

Pretasi pelajaran mereka yang dijadikan anak angkat itu akan diawasi setiap masa. Segala kelemahan di dalam pembelajaran mereka akan diberikan bantuan misalnya dengan mengadakan untuk mereka kelas-kelas tambahan bagi subjek-subjek pelajaran yang kurang dapat dikuasai pelajar terbabit. Pengajaran boleh dilakukan oleh ahli kelab yang berkemahiran dan berpengetahuan tentang subjek itu atau boleh membawa tenaga pengajar yang berkelayakan untuk tujuan itu. Dari segi kewangan pula mungkin bukan suatu masalh yang beasr, agensi kerajan terbabit boleh menubuhkan tabung khas yang dananya diperolehi dari sumbangan setiap kakitangan atau menyalurkan sedikit peruntukan daripada tabung kelab atau mungkin mereka boleh mendapatkan sokongan dan bantuan dari pihak swasta di tempat mereka untuk menampung serba sedikit perbelanjaan yang terlibat di dalam aktiviti anak angkat itu.

Di negara kita, terdapat sebuah agensi kerajaan yang melaksanakan perkara yang dinyatakan tadi. Usaha mereka telah mengabungkan agensi pendidikan kerajan yang menyumbangkan tenaga pengajar. Tumpuan mereka ialah meningkatkan kemahiran matematik di kalangan pelajar Bumiputera sekolah rendah (tahun 5 dan 6) di kawasan bandar. Walaupun projek itu masih baru namun hasilnya sungguh menggalakkan apabila terdapat peningkatan di dalam pencapaian baik dan cemerlang dari kalangan pelajar yang terpilih menyertai projek ini di dalam Ujian Pencapian Sekolah Rendah (UPSR). Di Sarawak projek itu setakat ini melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Kuching.

Usaha sebigi tidak akan menampakkan kesannya dengan cepat tetapi lebih merupakan pelaburan jangka panjang. Para pelajar yang memiliki pencapaian akademik yang baik dan cemerlang akan lebih mudah digilap menjadi tenaga kerja berkualiti yang lebih berdaya saing serta menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi. Ini pastinya akan mejadikan perkhidmatan awam kita lebih cepat dan efisien.

Bilangan Tempat Yang Ditawarkan Kepada Lepasan SPM/SPMV & STPM Pada Sesi Pengajian 1998/1999
Universiti
Matrikulasi
Diploma
Ijazah
Sijil
Jumlah
ITM
-
MTP
MTP
-
22768
UPM
2810
3580
9454
-
15844
UKM
4070
-
6530
-
10600
UM
2838
-
5818
-
8654
UTM
-
3028
4455
-
7475
UUM
2300
-
4600
-
6900
USM
1700
370
4685
-
6865
UIA
2240
-
2468
110
4908
UMS
752
-
1680
-
2432
UNIMAS
307
-
911
-
1218
Jumlah
       
87664
*MTP – maklumat tidak diperolehi


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998