A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ke Arah Industri Makanan Yang KOMERSIL DAN MODEN


Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Persoalan yang boleh dianggap remeh dan mempersendakan. Namun jika diteliti dengan akal waras yang kita miliki, kita akui bahawa setiap daripada kita perlu makan  atau perlu kepada makanan untuk hidup. Majoriti daripada kita beranggapan bahawa makanan merupakan keperluan asas kita.

Memandangkan keadaan sedemikian, maka industri pengeluaran makanan merupakan industri yang amat menguntungkan. Jumlah import bahan makanan dan hasil pertanian negeri ini bagi empat bulan pertama 1998 sahaja berjumlah RM482 juta atau 15.5% daripada import negeri ini berbanding RM455.4 juta atau 13.7% bagi tempoh yang sama tahun 1997. Nilai eksport bahan makanan dan hasil pertanian negeri ini bagi tempoh yang sama tahun ini pula berjumlah RM303.8 juta atau 3.9% daripada export, meningkat daripada RM204.8 juta atau 3.0% pada tahun 1997.

Kenaikan jumlah import dan nilai export bahan makanan dan hasil pertanian negeri ini berkemungkinan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit. Berdasarkan aliran ini, (dengan andaian tiada perubahan) maka nilai import bahan makanan negeri ini akan berjumlah sekitar RM1.4 bilion untuk tahun ini, meningkat 5.8% berbanding tahun 1997. Memandangkan jumlah ini agak besar maka kerajaan telah menyusun beberapa strategi bagi mengurangkan import makanan dengan harapan seterusnya akan membantu memulihkan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Negeri Sarawak yang luas terbentang saujana mata memandang mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk ditanam untuk pengeluaran bahan makanan. Jumlah pengeluarannya itu pula bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan domestik malah boleh juga dieksport keluar negeri.

Namun usaha menghasilkan bahan makanan dan hasil pertanian tidak harus hanya berada di takuk lama. Para petani, penternak dan nelayan terutama di negeri ini harus mengeksploitasi segala potensi yang dimiliki agar bukan sahaja mampu menghasilkan kuantiti bahan makanan yang banyak tetapi juga berupaya meningkatkan nilai barangan keluaran mereka. Ini kemudiannya akan meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya akan membantu mengurangkan pengaliran keluar wang negara mengimport makanan.

Ini boleh mereka lakukan dengan mengusahakan pengeluaran barangan  makanan yang siap diproses. Untuk itu mereka perlu mengembangkan kegiatan mereka secara komersil yang lebih cekap di samping mengamalkan pengurusan serta pemasaran yang dinamik dan teratur. Ini merupakan antara intipati saranan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Undangan Negeri pada 25 Julai 1998 yang lepas.

Tema Hari Peladang Penternak dan Nelayan kali ini Ke Arah Industri Makanan Yang Komersil dan Moden menggambarkan penekanan khusus kerajaan agar bidang ini diusahakan dengan kebih cekap dan moden bagi menjamin pengeluaran yang bermutu dan mencukupi.

Di majlis yang sama, YAB Ketua Menteri juga telah memperkenalkan dan menamakan varieti baru Terung Dayak, Cili Merah dan Limau Manis kepada Terung Mas, Cili Tarat dan Limau Samarahan yang lebih berkualiti serta tahan serangan panyakit.

Bersempena dengan perayaan itu, pameran serta penjualan produk pertanian dan kraftangan juga telah berlangsung. Di samping itu beberapa acara seperti sukan tani dan forum industri makanan turut dianjurkan.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998