A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
BERSEDIA UNTUK LAWATAN LA NINA

Yang patah akan tumbuh, yang pergi akan berganti. Walaupun kenyataan ini semacam suatu usul pemujukan kepada hati yang gundah gulana saja, namun perginya El Nino akan datangnya La Nina, situasinya seperti jatuh ditimpa tangga.

La Nina adalah fenomena yang akan mengakibatkan kemarau di pantai Amerika Selatan dan hujan lebat yang mengunjur dari Indonesia sehingga ke Australia Timur dan Kepulauan Borneo yang setanah dengan Malaysia Timur pasti tidak terlepas dari tempiasnya.

Kedatangan fenomena ini dijangka akan membawakan hujan lebat di Sarawak yang melebihi taburan biasa. Oleh yang demikian kemungkinan berlakunya banjir agak besar kebarangkaliannya. Maka dengan itu, adalah suatu tindakan yang munasabah sekiranya kita berwaspada sepanjang masa dengan keadaan ini.

Pentadbiran negeri mengambil tindakan proaktif dengan mengarahkan kepada semua pihak di setiap bahagian dan daerah negeri ini agar bersiap sedia menghadapi fenomena ini.

Untuk itu Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Peringkat Negeri telah mula menyusun strategi menangani situasi ini.

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Peringkat Bahagian dan Daerah juga telah diaktifkan. Sesungguhnya jawatankuasa ini sememangnya telah sedia wujud dan cuma pada kali ini, persediaan lebih teliti diberikan penekanan memandangkan keadaan kali ini sedikit luar biasa dari yang seiring kita hadapi.

Jawatankuasa ini yang dianggotai agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen dan Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Peparitan dan Saliran, Jabatan Kajicuaca, Angkatan Tentera Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Penerangan.

Diperingkat negeri, Jawatankuasa ini dikoordinasikan oleh Urusetia Bahagian Keselamatan Negara, Negeri Sarawak. Sementara diperingkat Bahagian, jawatankuasa ini dikoordinasikan oleh Residen dan diperingkat daerah pula dikoordinasikan oleh Pegawai Daerah.

Menurut Mejar Kamarudin Bin Ahmad, Koordinator Urusetia Bahagian Keselamatan  Negara, Negeri Sarawak, semua agensi kerajaan diperingkat negeri, bahagian dan daerah telah mengerakkan jentera persiapan mereka dan telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mungkin terlibat dengan banjir dan tanah runtuh di tempat masing-masing. Mereka juga telah menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi situasi ini termasuk penyediaan tempat pemindahan sementara serta keperluan lain seperti makanan dan pengangkutan.

 Oleh itu menurut beliau, masyarakat tidak perlu bimbang kerana kita sememangnya bersedia menghadapi keadaan ini. Apa yang perlu sekarang ialah masyarakat harus berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998