A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Budaya Dalam Realiti Baru

Kepelbagaian kaum di negeri ini menjurus kepada kepelbagaian budaya. Sungguh pun begitu ini tidak menjadi tembok menghalang bagi membentuk perpaduan rakyat bumi kenyalang ini. Sejak 35 tahun merdeka, masyarakat di negeri ini telah dapat hidup harmorni dan bersulamkan kepelbagaian budaya yang wujud itu.

Malah masing-masing telah dapat menghormati kebudayaan kaum lain dari semasa ke semasa. Ini merupakan kunci emas perpaduan negeri ini yang harus kita pegang kukuh sentiasa. Keuntungannya telah kita kecapi kerana dengan kunci emas ini telah membolehkan kita membuka pintu-pintu kemajuan yang membentang ruang-ruang keselesaan yang diduduki.

Namun kita harus ingat bahawa untuk mengekalkan perpaduan yang utuh ini, maka kita harus memastikan semua kaum di negeri ini sentiasa dapat mengekalkan keharmornian bersama. Untuk itu kita harus pula memastikan diantara kaum itu terdapat persefahaman yang baik.

Setiap kaum yang sentiasa peka dengan perubahan serta perkembangan sekelilingnya akan dapat mengadaptasi kepada segala perubahan yang berlaku di dalam lingkungan budayanya dan juga budaya kaum lain akibat penyerapan ransangan luar yang dinamik.

Perkara secara logiknya tidak sukar untuk dilaksanakan namun pada hakikatnya ini bukan suatu yang mudah. Sungguh pun sukar, itu tidak bermakna pula perkara mustahil untuk dilaksanakan.

Budaya adalah suatu cara hidup dan kerana itu untuk meneruskan kelangsungan hidupnya maka suatu budaya itu perlu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Namun proses ini tidak akan menjamin jangka hayat budaya itu sendiri tanpa ada proses penerimaan yang total dari generasi penerima. Untuk merealisasikan penerimaan total, maka proses pengajaran dan pembelajaran serta pengkajian budaya yang diperturunkan itu perlu ada. Ini bertujuan memberikan kefahaman yang lebih jelas.

Proses-proses ini seterusnya akan mampu memberikan daya juang dan dinanisme kepada budaya itu sendiri bagi menghadapi perubahan semasa dan ini akan menjadi asas kepada usaha melayari bahtera kemajuan di era realiti baru yang dibawa oleh arus pengembangan tamadun baru dewasa ini.

Penganjuran Simposium Budaya Sarawak Kali Ketiga dari 15 - 16 Ogos 1998 anjuran Kerajaan Negeri Sarawak bersama Yayasan Tun Jugah, melihat kepentingan wujudnya kefahaman pelbagai etnik memahami budaya etnik lain. Rasionalnya dengan penganjuran simposium atau forum begini yang memberikan peluang interaksi peringkat intelektual akan dapat melahirkan resolusi yang akan membantu dalam merancang stategi dan kegiatan bagi memelihara, mempromosi serta menghayati kepentingan budaya untuk pembangunan segenap lapisan masyarakat Sarawak di era pembangunan alaf realiti baru.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998