A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
MAJU SUKAN UNTUK SEMUA

Piala Thormas, Piala Dunia, Piala Malaysia, Atlanta 96, Jakarta 97' dan Kuala Lumpur '98 semuanya ada pertautan yan sama - semuanya merupakan acara sukan.

Sesungguhpun sukan merupakan suatu acara yang menguji kekuatan, kemahiran serta kecekapan seseorang atau sekumpulan orang yang mengambil bahagian, sukan juga dapat memupuk semangat setiakawan.

Penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa pula menjadi keinginan banyak negara. Ini merupakan ruangan terbaik negara terbabit untuk menonjolkan keupayaan mengendalikan acara sukan terbabit di samping memperlihatkan kemajuan negara itu sendiri disamping digunakan sebagai pesada promosi perlancongan.

Kesepaduan rakyat di dalam memberikan sokongan dan moral kerja - kerja pengendalian sukan pula menjadi cerminan kepada masyarakat antarabangsa keutuhan perpaduan negara itu.

Melibatkan diri di dalam acara sukan dan rekreasi merupakan satu daripada kaedah untuk menangani penyakit - penyakit sosial yang cenderung dikaitkan dengan golonagn remaja (walaupun pada hakikatnya golongan dewasa juga merupakan golongan yang turut menyumbangkan hama penyakit sosial itu).

Bagi kita penduduk Sarawak seharusnya berasa bangga kerana sejak beberapa tahun ini bumi bertuah ini telah muncul sebagai negeri kuasa sukan yang cemerlang. Semua itu adalah kesungguhan Kerajaan Negeri melalui agensi - agensinya menyediakan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk negeri ini.

Di  dalam belanjawan Kerajaan Negeri tahun 1998, sejumlah RM89 juta atau 4.55% dari keseluruhan belanjawan diperuntukan untuk memajukan serta meningkat kemudahan sukan dan rekreasi.

Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi itu juga tidah mengabaikan mereka yang berada di luar bandar.

Pihak Kerajaan juga tidak hanya menyediakan kemudahan bersukan dan rekreasi untuk rakyat tetapi juga turut juga menganjurkan aktiviti Sukan Untuk Semua yang dianjurkan untuk masyarakat luar bandar. Penganjuran aktiviti sukan ini dapat mengeratkan kerjasama diantara masyarakat luar bandar dengan pihak kerajaan juga sesama mereka.

Kakitangan negeri ini pula harus menggunakan peluang dan ruang yang fleksibel yang diberikan kepada mereka untuk bergiat cergas di dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Jadikan  situasi itu sebagai pemangkin yang akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi agar yang mapan akan tercapai.
 
 

Malaysia di Pesada Dunia
Pertumbuhan produktiviti negara pada tahun 1997 ialah 5.6%  melebihi pertumbuhan produktiviti di negara - negara anggota Pertumbuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD - Organisation for Economy Co - operation and Development).
Jepun
Itali
United 
Kanada
(-0.5%)
(1.3%)
Kingdom
(1.9%_)
   
(1.7%)
 
Amerika 
Germany
Perancis
Malaysia
Syarikat
(3.7%)
(2.1%)
(5.6%)
(1.9%)
Dipetik dari Laporan Produktiviti 1997, Perbadanan Produktiviti Negara, cetakan April 1998


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998