A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
MESYUARAT BIRO HAL EHWAL PEMADAM Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

 


 

Penyalahgunaan dadah merupakan antara masalah sosial yang sejak dari dahulu lagi menjadi agenda utama negara untuk ditandagani agar dapat dipastikan wujudnya sebuah negara yang memiliki masyarakat yang dapat menyumbang dengan lebih produktif kepada pembangunan negara. Namun begitu masalah ini masih lagi menjalar malah sudah berakar umbi di dalam masyarakat kita.

Sungguh pun demikian, usaha untuk membenteras dan mencegah penularan gejala ini tetap diteruskan, maka pihak kerajaan dengan bantuan sukarelawan (yang terdiri daripada masyarakat yang sedar bahawa usaha membenteras dan mencegah gejala ini adalah tanggungjawab penting yang perlu dilakukan bersama), telah menubuhkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEMADAM. PEMADAM peringkat kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun 1976 manakala PEMADAM Cawangan Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1978. PEMADAM Cawangan Sarawak kini mempunyai 27 buah Cawangan Daerah di seluruh Negeri Sarawak.

Kegiatan PEMADAM termasuklah mengadakan ceramah serta pameran tentang risiko penyalahgunaan dadah serta penerangan bagaimana untuk menjalani hidup sihat tanpa dadah. Tumpuan diberikan kepada golongan belia dan pelajar sekolah memandangkan golongan ini merupakan yang paling banyak dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Di sini PEMADAM menerima pakai kaedah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Bilangan mereka yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah dari setahun ke setahun semakin bertambah walaupun dengan pelbagai usaha membenterasnya yang telah dijalankan berterusan. Penyeludupan masuk dadah dari negeri dan negara jiran sering dikesan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha kita untuk menangani permasalahan ini. Menyedari hakikat ini, jalan terbaik untuk berusaha mengatasi masalah ini ialah berkerjasama rapat dengan negeri dan negara jiran kita.

Maka kerana itu Masyuarat Biro PEMADAM bagi Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 4 Mac 1998 di Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya , Kuching.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Menteri Muda Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Sarawak, Y. B Datin Hajah Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi selaku Pengerusi Biro tersebut dan Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak.

Perkara utama yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah tentang mewujudkan satu bentuk kerjasama yang bersepadu di antara tiga kawasan iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di dalam usaha bersama membenteras gejala dadah.

Turut hadir di mesyuarat itu ialah Yang Berbahagia Datuk Ignatius Bantoi, Setiausaha Tetap, Kementerian Perkhidmatan Sosial Negeri Sabah selaku Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Sabah dan En. Nillie Tangai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak selaku Setiausaha merangkap Bendahari Kehormat PEMADAM Negeri Sarawak.

Seharusnya bagi merealisasikan usaha bersepadu membenteras dan mencegah penyalahgunaan dadah, penekanan perlu diberikan kepada penglihatan langsung orang ramai dengan PEMADAM. Sektor awam juga dapat memainkan peranannya yang lebih aktif di dalam usaha ini. Tenaga kerja, kepakaran dan kemudahan yang dimiliki di sektor awam dapat digembelengkan untuk tujuan itu.

Misalnya di dalam merancang aktiviti jabatan seperti hari keluarga atau hari terbuka boleh diselitkan juga pameran, ceramah atau forum anti dadah dengan menjemput mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi menceritakan penderitaan fizikal dan jiwanya akibat terjebak menyalahgunakan dadah, pakar kesihatan yang dapat memberikan penerangan tentang keburukan penyalahgunaan dadah kepada sistem tubuh manusia, tokoh agama, ahli psikologi, anggota polis serta mereka yang berkaitan. Bagi memastikan mesej yang disampaikan itu menepati golongan sasaran utama (belia dan remaja) pihak jabatan boleh menjemput khusus persatuan belia dan sekolah-sekolah yang ada di kawasan mereka untuk menghadiri dan menyertai ceramah dan forum anti dadah.

Secara individu pula, kakitangan awam negeri ini juga boleh menyumbang dengan lebih bermakna ke arah usaha mencegah dan membenteras dadah di peringkat dasar struktur masyarakat dengan menjadi ahli PEMADAM yang aktif di kawasan masing-masing dan seterusnya mengusulkan kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Rukun Tetangga (RT) untuk ditubuhkan Cawangan PEMADAM di kawasan kediaman mereka.

Mungkin akan timbul persoalan : mengapa mesti kita di sektor awam yang perlu memainkan peranan ini? Mengapa tidak diserahkan kepada sektor swasta? Persoalan sedemikian tidak harus timbul di kalangan kakitangan awam. Ini kerana sebagai kakitangan sektor awam, kita adalah pemangkin pembangunan masyarakat. Pembangunan di sini bukan saja merujuk kepada pembangunan fizikal tetapi juga merangkumi pembangunan mental serta rohani masyarakat. Mesyuarat yang mundur mental dan lemah rohaninya adalah masyarakat yang menunggu saat kehancurannya.

Jika kita kakitangan awam hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal dan mengabaikan pembangunan mental dan rohani masyarakat, maka kita sudah tidak menjalankan tugas kita dengan jujur, amanah dan profesional di dalam menjalankan tugas kita! Kita juga perlu ingat, kita dan juga keluarga kita adalah anggota masyarakat itu. Membantu dan membawa kebaikan kepada masyarakat bermakna kita membantu diri dan keluarga kita juga. Dengan menunjukkan contoh melakukan kerja-kerja kebaikan itu, orang lain akan turut tertarik untuk menyertainya. Apabila ramai yang tertarik dan menyertai usaha murni ini, maka terbukti bahawa kita sebagai kakitangan sektor awam negeri Sarawak adalah pemangkin pembangunan masyarakat yang sebenarnya.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998