A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pengembelengan Tenaga Di Sektor Awam Dihargai

 

 
 
Trofi Ketua Menteri: DBKU
Trofi Setiausaha Kerajaan Sarawak: 
Lembaga Pelabuhan Miri
Trofi Setiausaha Persekutuan Sarawak:
Kastam & Eksais Di Raja Malaysia, 
Sarawak, Bahagian Limbang
Pegawai Contoh Kumpulan A:
Encik Peter Frank Siburat
Pegawai Contoh Kumpulan B:
Datin Lily Kong
Pegawai Contoh Kumpulan C:
Encik Lai Shak Teck
Pegawai Contoh Kumpulan D:
Encik Ali Hussain Khan Bin Kasmal Khan
Pada 7 Mac 1998 merupakan tarikh istimewa kepada seluruh kakitangan awam negeri Sarawak. Hari ini merupakan kemuncak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam negeri ini.

Sesungguhnya Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak merupakan pengiktirafan dari kerajaan negeri kepada kakitangan awam yang telah menyumbangkan bakti dengan penuh setia dan dedikasi ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sumbangan mereka itu telah membantu mewujudkan suasana pentadbiran yang teratur dan ini merupakan antara faktor penyumbang yang menjadikan negeri ini mampu melangkah ke arah pembangunan pesat yang dikecapi sekarang dan akan datang.

'Perkhidmatan Awam Baru Ke Arah Profesionalisme Yang Lebih Tinggi' telah dipilih menjadi tema Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak kali ini.

Pemilihan tema ini amat bersesuaian dengan matlamat menjadikan perkhidmatan awam kita yang terbaik. Tema ini apabila direnung dengan teliti, adalah merupakan suatu matlamat yang amat realistik yang bukan mustahil untuk dicapai.

Era globanisasi serta kecanggihan teknologi maklumat yang menjurus kita ke alam siber yang serba mungkin mendesak kita agar memiliki segala kelengkapan, pengetahuan dan kemahiran yang terkini bagi memastikan kelangsungan hidup kita.

Ini merupakan cabaran utama yang harus dikendalikan dengan bijaksana agar dapat dipastikan pentadbiran kerajaan (perkhidmatan awam yang menjadi tonggak utamanya) akan terus mampu membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat, negeri dan negara ini.

Ketika menyampaikan amanatnya di Majlis Makan Malam Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud memuji kakitangan sektor awam di negeri ini kerana telah menunjukkan kemampuan mereka mengendalikan pentadbiran yang menjaga kepentingan rakyat setelah berjaya mengubah sistem pentadbiran yang terdahulu selepas mencapai kemerdekaan.

"Perjuangan mewujudkan pembangunan frasarana dengan mengembelengkan seluruh tenaga kerja di kalangan rakyat, sektor awam dan sektor swasta adalah suatu perjuangan yang penting dan ini merupakan cabaran kepada perkhidmatan awam kita," tegas Yang Amat Berhormat Ketua Menteri lagi.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri seterusnya menyatakan bahawa kakitangan awam sekarang harus memahami arahan agar tugas yang diberikan kepada mereka itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Kita tidak memerlukan kakitangan yang hanya patuh tetapi apa yang dikehendaki adalah kakitangan yang patuh serta memahami arahan dan tugasnya dengan baik".

Maka sebab itu, adalah perlu bagi kakitangan awam negeri ini untuk sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka, jelas Yang Berbahagia Datuk Amar Hamid Bugo, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak , terdahulu dari itu di dalam ucapan alu-aluannya.

Yang Berbahagia Datuk Amar Hamid seterusnya menambah, "melakukan anjakan paradigma adalah suatu yang sukar dilakukan namun perkara itu bukan suatu yang mustahil untuk dicapai terutama sekali dengan adanya pelbagai komponen perlaksanaan yang menjadi faktor membantu misalnya Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), MS ISO 9000 dan lain-lain."

"Di samping itu kita juga harus menukarkan keadaan kita kepada menjadi seorang yang profesional."

Yang Berbahagia Datuk Amar Hamid menambah, "Profesionalisme bermaksud berusaha untuk melakukan yang terbaik. Profesionalisme adalah berkaitan dengan sikap dan sifat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik."

"Profesionalisme tidak diukur dengan berapa banyak ijazah yang seseorang itu miliki tetapi adalah merujuk kepada komitmen seseorang itu terhadap pencapaian kualiti dan dedikasi untuk melaksanakan tugas."

Acara kemuncak pada malam itu ialah Majlis Penganugerahan Sijil Kepujian Kualiti Anugerah Pegawai Contoh dan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak.

Pada tahun 1997, sebanyak 16 penyertaan dari agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah diterima dan dipertimbangkan untuk Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak.


Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Majlis Perbandaran Pedawan, Jabatan Pertanian Sarawak, Majlis Perbandaran Sibu dan Pejabat Daerah Bintulu telah dianugerahkan Sijil Kepujian Kualiti bagi tahun 1997.



Sementara En Peter Frank Siburat, Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Miri telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pegawai Contoh bagi Kumpulan A (Kategori I-IV)



Bagi Kumpuan B (Kategori V-VII), penerima ialah Datin Lili Kong, Pengajar Jururawat, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.



 Penerima anugerah ini bagi Kumpulan C (Kategori VIII-IX) pula ialah En. Lai Shak Teck, Renjer Hutan, Jabatan Perhutanan Sarawak.



 Manakala En.Ali Hussien Khan bin Kasmal Khan, Atendan Kesihatan Kanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dipilih sebagai penerima anugerah ini bagi Kumpulan D (Kategori X-XI)



 Kemuncak Majlis Penganugerahan itu ialah pengumuman penerima serta penyampaian trofi Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.



 Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah diumumkan sebagai penerima trofi Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak.



 Trofi Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak pula dianugerahkan kepada Pejabat Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia, Bahagian Limbang.



 Lembaga Pelabuhan Miri pula dianugerahkan Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.



Sementara Dewan Bandaraya Kuching Utara pula adalah penerima Anugerah perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak yang tertinggi iaitu Trofi Ketua Menteri Sarawak.



Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah dianugerahkan Sijil Kepujian Kualiti, Anugerah Pegawai Contoh dan Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri.

Diharapkan pengiktirafan dan penghargaan ini akan menjadi perangsang dan pendorong kepada semua pihak didalam perkhidmatan awam negeri ini untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan lagi kualiti serta produktiviti.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998