PEMBASMIAN
KEMISKINAN: Usaha
yang Tiada Penghujung
Walaupun Malaysia telah menunjukkan
pembangunan pesat dari segi fizikalnya sejak lebih 20 tahun yang lalu namun
di dalam masa yang sama tumpuan kerajaan di dalam usaha pembasmian kemiskinan
serta meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tidak diabaikan. Usaha gigih juga dilakukan
agar proses penyusunan semula masyaratkat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan
ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Maka kerana itu beberapa strategi
telah diatur misalnya melakukan pemodenan cara hidup penduduk luar bandar, memastikan
pertumbuhan yang pesat dan seimbang berlaku di kawasan bandar dan mengwujudkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju.
 |
|
 |
|
Dahulu
|
|
Sekarang... usaha PPRT
tepat
menujui sasaran
|
Usaha ini terutama pembasmian kemiskinan tidak mudah untuk dilaksanakan.
Pelbagai rintang dihadapi. Sepanjang tempoh 20 tahun di dalam Dasar Ekonomi
Baru (DEB) 1970-1990, negara kita telah melihat kejayaan di dalam usaha ini
apabila kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 42.4% (1976) kepada 17.1%
(1990). Sementara bagi tempoh 1990 hingga 2000, kadar kemiskinan pula dijangka
akan menurun kepada 7.2%.
Kadar kemiskinan secara keseluruhannya
bertambah baik dan tumpuan sekarang diberikan kepada pembasmian kemiskinan di
kalangan golongan termiskin. Golongan termiskin ialah isirumah yang menerima
pendapatan kurang separuh daripada garis kemiskinan dan keadaan hidup mereka
adalah daif.
Penetapan pendapatan garis
kemiskinan adalah berdasarkan Pendapatan Garis (PGK) yang mengambil kira keperluan
minimum iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain yang perlu
untuk mengekalkan sesebuah isirumah di dalam taraf hidup yang selesa.
Di Sarawak kadar kemiskinannya
ialah 21.0% pada tahun 1990 dan dijangka akan menurun lagi kepada 12.7%. Sementara
itu kadar kemiskinan termiskin pada tahun 1990 mencatat 3.3% dan angka ini dijangka
akan diturunkan kepada 1.2% menjelang tahun 2000.
Berdasarkan perangkaan yang
diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, bilangan keluarga termiskin
bagi tahun 1997 di Sarawak (hasil pengumpulan maklumat untuk Daftar dan Profil
Keluarga Termiskin Negeri Sarawak pada tahun 1995/1996) berjumlah 10379. Jumlah
ini menurun sebanyak 6.5% daripada angka 11100 pada tahun 1990. PGK juga telah
menunjukkan peningkatan iaitu dari RM226/-(1990) kepada RM258/- sebulan.
Penurunan ini adalah kerana
usaha yang dilakukan misalnya melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
yang dijalankan dengan lebih berkesan pada tempoh itu.
 |
|
 |
|
Dahulu
|
|
Kemudahan infrastruktur
memberi
nikmat kepada penduduk
|
Usaha-usaha pembasmian kemiskinan di
bawah PPRT di Sarawak diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sarawak (JPNS).
Di dalam menjalankan tugasnya ini JPNS bekerjasama erat dengan pegawai-pegawai
daerah di seluruh Sarawak. Melalui mereka ini JPNS dapat mengumpul data kemiskinan
di daerah terbabit serta maklum balas tentang projek-projek yang elah dilaksanakan
bagi membantu golongan sasar.
Menurut Pengarah JPNS, Tuan
Haji Abdullah bin Haji Ahmad, JPNS menggunakan dua pendekatan di dalam menyalurkan
bantuan kepada mereka yang memerlukan iaitu yang pertamanya melalui bantuan
terus seperti usaha pemulihan rumah golongan miskin dan termiskin. Pendekatan
kedua, lebih diberikan tumpuan iaitu melalui pendekatan ekonomi.
Melalui pendekatan ini, Kampung-kampung
yang dikenal pasti akan ditingkatkan kegiatan ekonominya di bawah Program Peningkatan
Ekonomi Kampung. Pelbagai projek diperkenalkan untuk diusahakan oleh penduduk
kampung terbabit yang mendapat bantuan serta tunjuk ajar dari agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan.
Sekarang ini, menurut beliau
lagi, suatu pendekatan baru iaitu penglibatan pihak swasta di dalam membantu
memajukan kegiatan ekonomi di kawasan yang ramai penduduk miskin dan termiskin
sedang diteliti untuk perlaksanaannya di Sarawak. Beberapa kegiatan pertanian
seperti penanaman roselle misalnya dijangka akan memberikan pulangan yang baik
kepada penduduk kawasan terbabit memandangkan kegiatan pemprosesan roselle sebagai
minuman telah diusahakan dan kegiatan ini berdaya maju.
Di samping itu, tambah Tuan
Haji Abdullah lagi, kerajaan juga sedang berusaha membawa elemen-elemen urbanisasi
ke kawasan-kawasan desa sebagaimana yang berjalan sekarang ke atas Pusat Pertumbuhan
Desa (PPD). Di Sarawak terdapat 9 PPD yang berdaya maju. PPD di Sarawak adalah
dibawah pengendalian Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak. Penubuhan PPD melibatkan
pembangunan frasarana yang baik di kawasan yang dikenal pasti itu. Frasarana
yang baik itu akan mampu membawa kegiatan-kegiatan ekonomi yang akan menyuntik
pembangunan di situ dan seterusnya mengubah nasib penduduk terbabit.
Usaha pembasmian kemiskinan
adalah suatu usaha yang berterusan. Kerajaan saja tidak 'menang tangan' menghadapi
keadaan ini. Oleh yang demikian, penglibatan pihak swasta atau badan bukan kerajaan
di dalam usaha ini adalah dialu-alukan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) salah
satu daripada badan bukan kerajaan di negara ini yang mendapat sokongan dari
kerajaan di dalam usahanya membantu menaikan taraf hidup golongan termiskin.
Di Sarawak AIM telahpun menubuhkan cawangan pertamanya di Kuching dan pusat
pertamanya di Bako telah dirasmikan pembukaannya pada 27 Julai 1997 yang lalu.
Sehingga kini usaha AIM ini telah menunjukkan kesannya.
|