Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Berganding Bahu Membantu Masyarakat Penan: Usaha Pejabat Daerah dan RELA Lawas

Anggota RELA dan kakitangan Pejabat Daerah Lawas bergambar kenang-kenangan bersama beberapa orang masyarakat Penan Kg Long Adang
Bantu-membantu samemangnya falsafah yang seharusnya diamalkan oleh setiap warganegara tercinta ini. Sifat itulah yang sentiasa menjadi pendorong kepada kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini dalam usaha melaksanakan tangungjawab tugas seharian mereka kepada orang ramai.

Dengan itu selain tugas harian, mereka juga merancang pelbagai kegiatan sebagai sumbang bagi meneruskan niat ingin membantu masyarakat.

Itulah usaha yang sentiasa ingin ditunjukan oleh mereka sebagai penjawat awam dan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak swasta juga tidak pernah ketinggalan untuk menyalurkan sumbangan.

Oleh itu usaha mengadakan kegiatan gotong-royong di kampung masyarakat Penan, Long Adang, Ulu Limbang oleh kakitangan Pejabat Daerah Lawas dan RELA Daerah Limbang dengan kerjasama Samling Timber Sdn Bhd (Limbang), pada 30 Oktober hingga 2 November Ialu telah berjaya dilaksanakan.

Masyarakat Penan turut membantu membawa batu yang diletak kke dalam guni untuk membina gelanggang bola tampar.
Kegiatan gotong-royong seumpamanya ini adalah contoh terbaik usaha penjawat awam ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka untuk masyarakat keseluruhannya.

Melalui gotong-royong ini antara kerja yang dilakukan ialah membersihkan kawasan sekitar kampung termasuk tempat mandi serta membina sebuah gelanggang bola tampar selain sebagai tempat beriadah bagi mereka.

Usaha ini disambut baik oleh penduduk kampung ini, malah tidak ketinggalan bersama-sama membantu menjayakan usaha gotong-royong ini.

Selain mat membantu, usaha ini juga antara lain bertujuan;

  • Mengajak dan menggalakkan interaksi kaum Penan dengan masyarakat luar;

  • Mendidik mereka agar menjaga kebersihan kampung dan persekitaran serta memupuk semangat berkerjasama;
    dan

  • Menanam kepercayaan bahawa mereka tidak diabaikan atau dilupakan dalam arus pembangunan negara.

Program seumpamanya juga akan mendekatkan lagi kaum Penan dengan masyarakat luar bagi membolehkan orang ramai mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan mereka.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998