Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

KERAJAAN PRIHATIN KEPERLUAN PERUMAHAN

Keperluan asas. Rumah yang selesa penting bagi pembentukan institusi keluarga yang harmoni.
Rumah adalah keperluan terpenting dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun tidak semua orang mampu memiliki atau membeli rumah yang siap dibina oleh pemaju. Ini kerana sekalipun projek perumahan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan namun harganya terlalu tinggi untuk golongan tertentu khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Menyedari masalah serta keperluan rumah terhadap pembentukkan institusi keluarga, kerajaan sentiasa berusaha mengatasi masalah ini dan memastikan kebajikan setiap penduduk negeri ini terjaga.

Usaha ini jelas sekali bila Belanjawan Negeri 2001, yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam pada November lalu menunjukkan peningkatan yang mengambil kira pelbagai aspek pembangunan, ekonomi, sosial dan kebajikan penduduknya.

Dalam konteks perumahan, Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2001 telah menaikkan jumlah pembiayaan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam yang layak untuk memiliki rumah di negeri ini antara RM70,000 clan RM350,000, setelah mengkaji semula Skim Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan Negeri yang dilaksanakan sebelum ini.

Skim baru ini membolehkan kakitangan awam negeri menikmati kadar pinjaman perumahan yang lebih tinggi daripada pinjaman siling kakitangan Kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan Negara 2001 baru-baru ini, iaitu RM40,000 clan RM300,000.

Selain itu dalam Belanjawan Negeri 2001 juga memperuntukkan RM57 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMW bagi tujuan membina kediaman kakitangan kerajaan khususnya yang berkhidmat di kawasan luar bandar.

Pembinaan rumah kos rendah bagi membantu meningkatkan kualiti hidup.
Bagi mengatasi masalah perumahan untuk golongan berpendapatan rendah pula kerajaan akan menumpukan usaha kepada pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan rumah pangsa kos rendah.

Bagi pembeli yang layak Kerajaan mengenakan bayaran pendahuluan yang rendah terhadap pembeli rumah terbabit, iaitu sebanyak RM500 sahaja. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan golongan berpendapatan rendah di negeri ini untuk memiliki rumah.

Sementara itu, Menteri Perumahan Datuk Celestine Ujang anak Jilan ketika sessi pengulungan di Dewan Undangan Negeri lalu berkata Kerajaan melalui Suruhanjaya Perumahan clan Pembangunan Sarawak (SPPS) akan terus membangunkan projek Perumahan kos rendah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah berpeluang memiliki rumah.

Dalam RMK8, SPPS akan meneruskan perancangan clan pembinaan rumah kos rendah bagi golongan yang berpendapatan rendah di negeri ini.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998