| Pada Pertandingan Karom dan Catur MAKSAK Kebangsaan 2000, Pasukan Catur MAKSAK Sarawak muncul juara Catur MAKSAK Kebangsaan. |
Pasukan Scrabble Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Kuching muncul juara Pertandingan Scrabble MAKSAK 2000. Pertandingan ini merupakan acara tahunan MAKSAK Sarawak. Penyertaan tahun ini hanya melibatkan lapan penyertaan berbanding 18 pasukan pada tahun lepas. Pertandingan yang bertujuan mengeratkan persahabatan di kalangan ahli MAKSAK di samping menambah kosa kata bahasa Inggeris. Diharapkan pada tahun hadapan, penyertaan akan lebih menggalakkan lagi terutama dari jabatan-jabatan kerajaan dari luar Kuching. |