Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Sekolah Agama Limbang Ditempatkan Sementara Di Bangunan Lama Pejabat Residen Limbang

Bagunan lama Pejabat Residen Limbang yang kini menempatkan SK Agama Limbang
Usaha kerajaan ke arah mengangkat martabat taraf pendidikan anak-anak di negeri ini bukanlah sesuatu yang baru malah ia adalah satu usaha yang sentiasa berterusan.

Residen Bahagian Limbang, Ubaidillah Hj Abdul Latip berkata kerajaan memang mengambil berat serta sentiasa sedia membantu usaha membangunkan bidang pendidikan dengan menyumbang atau memberi bantuan kemudahan mengikut keperluan pihak berkenaan di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Rakan Sarawak berkenaan penggunaan bangunan lama Pejabat Residen Limbang sebagai kelas sementara bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Limbang dan digunakan sebagai kelas bagi tadika Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang di tingkat bawahnya.

Katanya, SK Agama Limbang sepatutnya telah mendapat bangunan sendiri sejak dua tahun lalu, iaitu bangunan sekolah yang digunakan oleh Sekolah Menengah (SM) Agama Limbang kini.

"Ini kerana SM Agama Limbang sepatutnya telah berpindah ke bangunan sekolah barunya di Kampung Pahlawan, Batu Lapan dua tahun lalu. Bagaimana pun berikutan beberapa masalah yang timbul sekolah baru berkenaan yang lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Limbang No 2 itu belum dapat digunakan.

"Sekolah baru itu secara fizikalnya telah siap dibina bagaimanapun berikutan masalah hakisan tanah yang teruk ia dirasakan tidak selamat untuk digunakan bagi menempatkan kelas atau memulakan sesi pembelajaran di situ," katanya.

Tambahnya, tahun depan kelas SK Agama akan bertambah lagi berikutan pertambahan pelajar dan dalam keadaan serba kekurangan ini ruang bagi mengadakan kelas adalah satu masalah.

Sekolah Kebangsaan Agama ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu, kini ia mempunyai 130 murid dengan empat kelas. Walaupun sudah dua tahun ditubuhkan namun sehingga kini ia masih berkongsi tempat dengan Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat, Limbang.

Tembok penstabil dibina bagi menghalang hakisan yang berterusan
Tinjauan Rakan Sarawak ketika berada Limbang baru-baru ini mendapati kawasan sekolah baru untuk SM Agama itu menghadapi masalah hakisan tanah yang amat teruk. Keadaan ini amat memba-hayakan kerana ia boleh menyebabkan berlaku tanah runtuh di kawasan ber-kenaan. Ia juga menyebabkan keadaan struktur bangunan seperti kelas, kantin, tandas, surau dan flat serta rumah guru tidak selamat untuk digunakan. Ini memaksa SM Agama Limbang yang sepatutnya berpindah ke sana tidak dapat berbuat demikian.

Bila SM Agama tidak dapat berpindah ke sekolah baru yang sepatutnya, maka SK Agama Limbang yang sepatutnya menggunakan bangunan lama SM Agama juga tertangguh. Berikutan masalah itu maka semua perancangan penem-patan semula kedua-dua sekolah agama berkenaan juga gagal dilaksanakan sejak dua tahun lalu. SK Agama Limbang terpaksa terus berkongsi penggunaan kelas dan kemudahan lain dengan SK Melayu Pusat, Limbang.

Dan bagi mengatasi masalah hakisan tanah yang teruk di tapak bangunan baru SM Agama yang baru ini Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang sedang berusaha membuat tembok penstabil dan penghadang hakisan (slope stabilistion and protection) termasuk membina semula sebuah blok kantin dan dua blok tandas yang baru. Usaha ini dianggarkan menelan belanja berjumlah RM1.7 juta.

Tembok penstabil dan penghadang hakisan berkenaan dibina disetiap cerun atau tempat yang memerlukan khususnya berdekatan kantin, flat dan surau yang sedia ada. Apa yang lebih membimbangkan lagi tinjauan Rakan Sarawak mendapati tapak di mana letaknya tangki bekalan air bagi sekolah ini juga sudah tidak selamat.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998