Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Berita Dari INTILA
Oleh Dusit Jaul

Sejak beroperasi dengan rasminya pada 26 Mac 1999, INTILA terus giat dengan aktiviti utamanya untuk mengadakan latihan di dalam pelbagai bidang kepada anggota-anggota perkhidmatan awam Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dari Januari hingga 31 Ogos 2000, sebanyak 14 jenis kursus telah diadakan untuk kumpulan pengurusan dan profesional serta sokongan.

Pada awal tahun ini, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang menempatkan pejabat INTILA di Jalan Badarudin giat dijalankan. Pejabat INTILA kini dilengkapkan dengan dua bilik kuliah yang masing-masing dapat menampung 35 orang peserta, sebuah makmal komputer dengan kapasiti 28 orang peserta dan empat buah bilik sindiket.

Jika sebelum ini. INTILA mengadakan kursus-kursus di luar, termasuk di hotel-hotel, maka adanya kemudahan-kemudahan di atas, sebahagian besar kursus yang INTILA anjurkan kini telah dapat diadakan di Pejabat INTILA sendiri.

Di dalam usia yang belum menjangkau setahun jagung, selain aktif dengan aktiviti utamanya iaitu latihan, INTILA juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti sampingan lain. Di antaranya ialah menganjurkan ceramah yang melibatkan kepentingan anggota perkhidmatan awam seperti ceramah integriti, keagamaan dan keterampilan diri. INTILA juga telah terlibat di dalam menjayakan beberapa pameran seperti INFOSOC (9-10/10/2000), Majlis Konvokesyen UNIMAS dan juga pameran sempena Minggu Q akhir Ogos 2000 yang lalu.

TBhg Dr Halim b Man Pengarah INTAN Wilayah Timur Laut (INTILA) menyampaikan kata-kata aluan dalam persidangan "Knowledge Management Readiness for Electronic Government" di Kuching pada 14-15 Ogos 2000
Adalah menjadi matlamat INTAN amnya dan INTILA khususnya untuk memberi peluang latihan seluas-luasnya kepada anggota perkhidmatan awam di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam perkara ini, empat bidang latihan akan diberi penekanan iaitu :

1. kewangan

2. kemahiran IT

3. kemajuan pentadbiran

awam/kualiti

4. kepimpinan dan penyeliaan

INTILA amat menghargai segala sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak, termasuk dari kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Kerjasama ini amat penting se-bagai bukti jelas usaha berterusan kerajaan mening-katkan prestasi anggota-anggota perkhidmatan awam yang ber-tugas di sini.

Lokasi pejabat INTILA ditengah-tengah bandaraya Kuching memu-dahkan lagi ia dikunjungi dan dihubungi. Namun bagi mereka yang berada di luar bandaraya Kuching, INTILA boleh dihubungi di alamat berikut :

Peserta-peserta kursus Gred I melawat rumah panjang Kg Benuk pada 5 Ogos 2000
Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN)

Wilayah Timur Laut (INTILA),

No. 37, Jalan Badaruddin,

93000 Kuching.

INTILA juga boleh dihubungi di talian 082-420024/419572 atau melalui faksimili di talian 082-423243

Salain itu, INTILA juga mempunyai laman web sendiri iaitu http://www.intanbk.intan.my/intila/intila.htm. Anda juga boleh menghantar e-mel terus ke alamat intila1@tm.net.my


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998