A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pengenalan Kepada Perkhidmatan Sokongan Pekerja (PSP) Siri 2

Sumber manusia yang berkualiti dari segi sahsiah dan kompetensi akan dapat membantu meningkatkan produktiviti organisasi dan negara.

Menyedari kepentingan sumber manusia kepada sesebuah organisasi dan negara, Unit Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri telah menubuhkan satu seksyen yang berhasrat untuk menyediakan program sokongan dan motivasi, bimbingan, kaunseling dan pementoran kepada penjawat-penjawat awam di jabatan ini.

Fungsi Perkidmatan Sokongan Pekerja (PSP)

1. merancang, menggubal, melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan bimbingan, kaun-seling, mentoring, motivasi dan perkhidmatan sokongan lain kepada pekerja-pekerja di Jabatan Ketua Menteri.

2. membantu pihak pengurusan mengenal pasti penjawat awam di bawah seliaannya yang berpotensi dan berkemungkinan menghadapi masalah dari segi kerjaya, keluarga, kewangan, hubungan interpersonel, peribadi dan masalah lain.

3. merancang dan menyelaras program dan aktiviti perkhidmatan kaunseling bagi Jabatan Ketua Menteri.

4. bekerjasama dengan Unit Pembangunan Sumber Manusia untuk memberi pendedahan serta melatih pegawai-pegawai berkaitan dengan tugas dan perkhidmatan kaunseling.

5. mengadakan garis panduan serta modul dan jadual latihan bersama dengan agensi awam yang lain.

6. menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada penjawat awam di Jabatan Ketua Menteri sama ada secara individu atau pun secara kelompok.

7. membuat laporan dan memberi maklum balas kepada ketua jabatan berhubung dengan perkembangan anggota yang menerima perkhidmatan kaunseling di bahagian ini.

8. merujuk kes-kes yang di luar kendalian pegawai kaunseling kepada pakar rujuk yang berkaitan.

9. melakukan penilaian dan pemantauan bagi memastikan etika dan piawaian amalan kaunseling dipatuhi dan diamalkan oleh semua pegawai kaunseling.

Di bawah bidang tugas pementoran, seksyen ini akan berfungsi seperti berikut :

1. membantu pihak pengurusan mengenal pasti penjawat awam di dalam organisasi yang memerlukan orientasi dan bimbingan serta latihan yang berkaitan dengan bidang tugas yang baru.

2. mengenal pasti pegawai yang berkelayakan dan berupaya berperanan sebagai mentor kepada penjawat awam yang baru.

3. merancang aktiviti pementoran bagi organisasi berkenaan.

4. bekerjasama dengan unit pembangunan sumber manusia di dalam memberi pendedahan dan latihan pementoran kepada penjawat awam yang berkaitan.

5. merancang dan menyelaras program latihan penilaian dan pemantauan bagi aktiviti pementoran.

Tugas-tugas lain PSP ialah seperti berikut :

1. memberi perkhidmatan dan sokongan profesional kepada penjawat awam yang prestasinya terjejas berpunca dari pelbagai masalah peribadi.

2. memberi perkhidmatan sokongan, rundingan dan latihan untuk memastikan penjawat awam yang bermasalah dan isu-isu yang dihadapi oleh organisasi dapat diatasi secepat mungkin berdasarkan perkhidmatan perorangan (personalised service) dan melalui program kaunseling pementoran, latihan dan rundingan.

3. membantu pihak pengurusan mengenal pasti simptom prestasi kerja yang menurun dan merujuk pegawai berkenaan kepada bahagian P1SP untuk bantuan profesional.

4. membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada penjawat awam tentang tabiat yang negatif serta meningkatkan cara hidup sihat dan tabiat yang positif.

5. membantu pihak pengurusan menyelaras program dan aktiviti serta mewujudkan persekitaran kerjaya yang kondusif yang boleh membantu penjawat awam mengekalkan tingkah laku dan cara hidup sihat.

6. mengenal pasti dan membina jalinan perhubungan dengan badan atau institusi luar yang boleh membantu di dalam mengendalikan program sokongan pekerja ini.

7. merujuk kes-kes yang diluar kendalian seksyen ini kepada autoriti pakar yang berkaitan.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998