Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Kastam Limbang : Ke Arah Pengurusan Berkualiti

Kakitangan Kastem Limbang... bersama ke arah menjayakan pengurusan berkualiti
Usaha perancangan pengurusan kualiti pejabat Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Bahagian Limbang berjaya mencapai matlamatnya bila diumumkan sebagai penerima Tempat Pertama Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1999 (Kategori Ketiga) pada Ogos lalu.

Penolong Pengarah Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia, Bahagian Limbang, Abu Seman Bin Jahwie berkata, cara pengurusan berjimat serta berhemat merupakan antara ciri-ciri pengurusan yang mengamalkan kualiti.

Bagi merealisasikan dasar penjimatan Bahagian Pen-gurusan dan Pentadbiran Am Kastam Limbang telah men-gambil inisiatif dan merangka strategi kualiti dalam melak-sanakan dasar berkenaan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan jabatan.

Program "Penjimatan Ke Atas Penggunaan Kertas dan Belanja Setem Dalam Urusan Penghan-taran Surat" yang diamalkan oleh jabatan ini telah berjaya membawa penjimatan antara 50 hingga 100 peratus dalam urusan penghantar suratnya.

Melalui program ini Kastam Limbang telah mengamalkan prosedur bahawa salinan asal surat yang dihantar melalui fax tidak perlu dihantar semula melalui pos melainkan diminta oleh penerima-nya. Ini dibuat dengan membuat pengesahan di atas surat asal yang berbunyi "Salinan Asal Surat Ini Akan Dihantar Kepada Pihak Tuan/Puan Jika Memerlukan".

Ia adalah bagi mengelakan pembayaran atau perbelanjaan dua kali dalam urusan menghantar surat yang sama, iaitu melibatkan bayaran setem serta bayaran perkhidmatan fax.

Dengan kaedah ini unsur-unsur kualiti yang dilaksanakan adalah membabitkan pengurangan dalam penggunaan sumber kewangan, kertas dan juga masa, yang penting bagi pihak jabatan.

Perbandingan

Perbandingan kadar penjima-tan sumber setelah kaedah baru diperkenalkan ialah seperti berikut:

Kaedah Lama

Kos Kertas (Mei - Disember 1998)

Bagi memproses sejumlah 338 surat sebanyak 1764 keping kertas diperlukan dan untuk memprosesnya dalam dua salinan pula sebanyak 3528 kertas pula diperlukan.

Kos bagi sekeping kertas ialah RM0.27. Jadi kos keseluruhan bagi memproses 338 surat ialah (3528 keping kertas x RM0.27) yang bersamaan dengan RM95.25.

Manakala jika diproses mengikut kaedah baru, kos memproses sejumlah 338 keping surat dalam tempoh yang sama jumlah keseluruhannya ialah :

Kaedah Baru

Kos Kertas (Mei Disember 1998)

Bagi memproses sejumlah 338 surat sebanyak 1764 keping kertas diperlukan untuk menyediakannya dalam satu salinan sahaja. Kos bagi sekeping kertas ialah RM0.27. Jadi kos keseluruhan bagi memproses 338 surat ialah (1764 keping kertas x RM0.27) yang bersamaan dengan RM47.25.

Jelas dengan kaedah baru ini penjimatan bilangan kertas yang digunakan adalah sebanyak 50 peratus iaitu 3528 (kaedah lama) - 1764 (kaedah baru) = 1764 keping).

Sekali gus ini akan membantu menjimatkan kos kertas sehingga 50 peratus iaitu RM95.25 (kaedah lama) - RM47.62 (kaedah baru) = RM47.63.

Melalui perlaksanaan kaedah baru ini juga tidak wujud kos perbelanjaan bagi setem kerana ia dihantar melalui fax.

Abu Seman bergambar bersama pemenang-pemenang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam

Berbanding dengan kaedah lama yang memerlukan RM101.40 bagi kos setem untuk menghantar sejumlah 338 surat dengan kos RM0.30 setem bagi setiap satu surat berkenaan.

Perlaksanaannya dilakukan den-gan bantuan 14 orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan.

Sebagai penerima anugerah itu Jabatan Kastam Limbang juga menerima sebuah trofi anugerah kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, serta Sijil Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan cek bernilai RM3,000.

Perancangan pengurusan kualiti jabatan ini juga merangkumi aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti, maklumat Q termasuk piagam pelanggan, menubuhkan pasukan KMK, mengadakan program pembangunan dan latihan kakitangan pengurusan.

Bagi memberansang perkemban-gan ke arah perkhidmatan dan pengurusan yang berkualiti pihak jabatan turut berusaha mewujudkan persekitaran dan kelengkapan pejabat seperti menyediakan "working tool" yang lengkap di tempat bertugas, penyediaan kaunter pertanyaan serta tempat letak kereta untuk pelanggan, mengamalkan konsep "Pejabat dalam taman dan taman dalam pejabat" serta melaksanakan konsep "Tandas Q".


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998