Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Yayasan Sarawak
Memantau dan membimbing Staf ke arah Peningkatan Kualiti

Yayasan Sarawak mengukuhkan tekad untuk terus maju ke hadapan ... Datu Abdul Rashid Hj Aziz, Pengarah Yayasan Sarawak menerima trofi Anugerah Kualiti Ketua Menteri daripada YAB Ketua Menteri
Yayasan Sarawak adalah Pemenang Pertama, Kategori Kedua Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1999.

Beberapa perancangan program peningkatan kualiti telah dilaksanakan oleh agensi ini untuk membuktikan bahawa ia adalah sebuah agensi yang dinamik dan bergerak ke arah kecemerlangan.

Ini termasuklah penubuhan Pusat Sumber Pendidikan dan pelaksanaan Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu.

Selain daripada itu, pihak pengurusan telah memperkenalkan konsep Management By Walking Around. Ini bermakna pihak pengurusan sering mengadakan pemantauan ke atas staf agensi dan seterusnya membimbing mereka ke arah peningkatan kualiti kerja/perkhidmatan.

Pihak pengurusan juga melaksanakan "Sesi Kritik". Sesi ini bermatlamat merapatkan dan seterusnya menghapuskan jurang di antara pengurusan atasan dengan staf sokongan.

Ini perlu bagi membolehkan usaha yang lebih bersepadu dapat digembeleng untuk membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Pusat Sumber Pendidikan

Pusat Sumber Pendidikan Yayasan Sarawak telah ditubuhkan pada 21.5.1996 dengan tujuan :

  • menyediakan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
  • menyediakan maklumat mengenai kaunseling, nasihat, bimbingan berkenaan peluang-peluang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu-bapa.

Selain daripada itu, Pusat ini juga mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta terutama menyediakan maklumat tentang peluang-peluang kerjaya dan tenaga kerja kepada mereka yang ingin mendapatkannya terutama lepasan sekolah atau institusi pengajian tinggi tempatan.

Pusat Maklumat Pendidikan Yayasan Sarawak letaknya di Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, Kuching.

Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu

Program ini adalah inovasi Yayasan Sarawak.

Program ini diwujudkan bertujuan memberi peluang yang lebih luas kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran yang diperolehi daipada pengalaman kerja atau latihan untuk diiktiraf kemahiran mereka itu tanpa perlu mengambil ujian khas.

Program ini telah dilancarkan pada 26 Julai 2000.

PPT ialah satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa, berdasarkan pencapaian terdahulu.

Sebelum PPT ini dilaksanakan, terdapat ramai pekerja ketukangan yang mahir dan separuh mahir tidak berpeluang mengikuti kursus secara formal bagi mengiktiraf ilmu pengetahuan dan pengalaman serta keterampilan dalam bidang pekerjaan mereka.

Sesi Kritik

Idea ini tercetus selepas pegawai-pegawai kanan Yayasan Sarawak dihantar untuk mengikuti Kursus "Managerial Grid."

Sesi Kritik diadakan 3 kali setahun. Sesi ini merupakan dialog di antara staf Yayasan Sarawak dengan pihak pengurusan.

Semasa sesi kritik, staf diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, kritik dan cadangan kepada pihak pengurusan bagi meningkatkan pengurusan organisasi.

Setiap pandangan akan dibincangkan di peringkat pengurusan untuk tindakan.

Sesi terbuka seperti ini memberi peluang kepada staf untuk duduk semeja dengan pengurusan sambil berbincang dengan lebih dekat demi meningkatkan pengurusan organisasi. Staf tidak disekat atau dihalang untuk memberi pandangan.

Antara pencapaian yang telah dibuat ialah pelaksanaan sistem "paper-less", "flexi-hours", per-sekitaran pejabat yang kondusif dan pengujudan bilik sumber.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998