A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

STATE SECRETARY'S VIEW
Datuk Haji Abdul Aziz Haji Husain
Anugerah untuk Peningkatan Kualiti

Di dalam perekonomian global, kemampuan sesebuah organisasi mengekalkan daya saingnya merupakan faktor penting penentu kejayaan dan kelangsungan hidupnya pada masa hadapan.

Bagi mengekalkan daya saing, maka kita perlu mengambil kira kemampuan untuk memuaskan hati pelanggan. Maka dengan itu, kita perlu memberikan perhatian yang sewajarnya untuk meningkatkan kecekapan sama ada dari segi pengurusan mahu pun pengeluaran agar dapat mengurangkan kos yang pada akhirnya akan mampu meningkatkan margin keuntungan di samping memuaskan pelanggan.

Untuk itu elemen kualiti perlu diberikan penekanan khusus. Ini kerana dengan berupaya mengeluarkan produk atau membekalkan perkhidmatan yang berkualiti, pelanggan akan berasa puas dan senang hati apabila membelanjakan wang mereka untuk memperolehi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Ini akan menjadikan pelanggan berasa lebih yakin dan percaya kepada barangan atau perkhidmatan yang kita ditawarkan. Ini seterusnya mewujudkan situasi "kesetiaan pelanggan." yang merupakan antara faktor pengekalan kelangsungan hidup sesebuah organisasi dan bukannya semata-mata bergantung kepada keupayaan organisasi terbabit untuk mengaut keuntungan besar.

Konsep penswastaan yang diperkenalkan telah berjaya mengurangkan beban kerajaan di samping turut berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan memandangkan operasi pihak swasta banyak bergantung kepada keupayaan mereka untuk bersaing dengan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Penswastaan juga telah memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk menyusun semula strukturnya agar menjadi lebih cekap di dalam menguruskan sumber-sumber yang dimilikinya.

Maka sebab itu perkhidmatan awam kita sejak beberapa tahun kebelakangan telah menerima pakai konsep kualiti di dalam perkhidmatannya. Konsep yang memberikan penekanan kepada keperluan pelanggan ini telah dijadikan polisi pentadbiran dan ini pastinya akan memartabatkan perkhidmatan kita sebagai perkhidmatan awam yang cekap serta boleh dipercayai.

Untuk itu pelbagai cara digunakan untuk menzahirkan dan seterusnya membudayakan kualiti di dalam perkhidmatan awam. Di antaranya ialah dengan memperkenalkan konsep pengurusan yang lebih dinamik seperti TQM, Piagam Pelanggan, Hari Q, Minggu Q, KMK, Anugerah Kualiti dan MS ISO.

Sungguh pun program-program seperti itu telah lama diperkenalkan, namun hasil yang diharap-harapkan masih belum lagi tercapai. Masih terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki lagi. Namun ini jangan dijadikan alasan untuk tidak mengendahkan atau mengusahakan budaya kualiti di dalam organisasi kita. Seharusnya anugerah kualiti yang diberikan setiap tahun kepada agensi kerajaan yang layak sepatutnya dijadikan rangsangan kepada kita untuk berusaha mencapai yang terbaik dalam setiap kegiatan pengurusan.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998