Hasil nukilan :
Shamsur bin Jemani,
Pejabat Residen Sibu.
 |
P.H.D
P. H.D
Keinginan itulah
Yang sentiasa menjelma
Penuh Kepura-puraan
Yang menjijikkan
Disusuli tingkah laku
Yang sumbang.
Lantaran itu
Bercambahlah benih-benih
Persengketaan dan perselisihan
Yang berpanjangan tanpa noktah.
Ah ...
Usahlah kita mempunyai
Keinginan dan matlamat ini
Kerana ianya adalah malapetaka
Yang hanya menerbitkan
Kegoyahan dan kepincangan
Dalam kehidupan sesama insan.
Wahai insan
Jadikanlah kejujuran dan ketertibanmu
Melupakan dan melenyapkan
Impian mempelajari dan menganuti P. H. D (Perasaan Hasad Dengki)
Agar ketenteraman dan kedamaian
Terbina dalam kehidupan.