|
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) adalah Pemenang Pertama
Kategori Pertama Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negari Sarawak
1999
Pengerusi SECD, Tuan Haji Talip Zulpilip menerima Tropi Ketua
Menteri bagi Anugerah Perkhidmatan Awam 1999, Kategori Pertama
daripada YAB Ketua Menteri Sarawak, bersama dengan Pengurus Besar
SEDC, Tuan Haji Onn Abdullah
 |
Pelaksanaan dan amalan aktiviti-aktiviti kualti di SEDC ternyata
memberikan kesan positif di dalam kepada organisasi ini. Dari
komen-komen yang diterima daripada orang ramai dan pengunjung
ke SEDC, ramai daripada mereka yakin dengan sistem pengurusan
kualiti yang diamalkan di SEDC dan ingin menceburi industri-industri
tertentu di negeri ini secara usahasama dengan SEDC. Ini menunjukkan
bahawa orang awam semakin menaruh keyakinan tinggi kepada SEDC.
Maka adalah bertepatan sekali SEDC dianugerahkan dengan Tempat
Pertama Anugerah Kualiti Ketua Menteri Kategori 1. Anugerah yang
diterima ini merupakan pengiktirafan tertinggi bagi SEDC oleh
Perkhidmatan Awam Negeri.
"Anugerah ini merupakan milik seluruh warga kerja SEDC," begitu
yang dinyatakan oleh Pengerusi SEDC, YB Haji Talib Zulpilip.
"Pencapaian ini adalah oleh semua dan untuk semua. Anugerah ini
juga merupakan pengiktirafan bahawa SEDC bukan sahaja percaya
tentang kualiti tetapi yang lebih penting ialah kita juga mengamalkannya
menjadi budaya kerja staf SEDC," tambah beliau lagi.
Usaha pencapaian dan mengamalkan kualiti di dalam SEDC telah dipergiatkan
melalui pelbagai aktiviti bermula dengan kesedaran dan seterusnya
praktikalnya. Aktiviti-aktiviti ini adalah bertujuan juga untuk
mengukuhkan sistem-sistem serta prosidur yang sedia ada di samping
mengiktiraf pencapaian serta sumbangan yang cemerlang. Di Antara
aktiviti berkenaan ialah :
1. Kumpulan Meningkat Mutu
Kerja
2. Penjisilan MS ISO 9002 : 1994
3. Kempen Kesedaran Kualiti yang
merangkumi :
* Housekeeping Campaign
* Wastage-Prevention
Campaign
* Telephone Courtesy
Campaign
* Accountability Campaign
* Q-Carnival
4. Ceramah dan Seminar Kualiti
5. Aktiviti Penyebaran Maklumat melalui
" In-House Television News Network
? melibatkan penggunaan sebuah televisyen di setiap tingkat di
mana maklumat-maklumat tentang SEDC disebarkan setiap hari bekerja
pada jam 10 pagi selama 10-15 minit.
" Saturday Morning Starter
? ini merupakan salah satu daripada aliran komunikasi yang digunakan
untuk mewujudkan budaya kerja berkualiti iaitu pada sesi ini semua
staf SEDC akan berkumpul di Dewan Utama untuk mendengar taklimat
atau berkongsi makluman terkini.
Setiap usaha pasti ada cabarannya dan SEDC tidak terkecuali berhadapan
dengan cabaran-cabaran untuk merealisasikan budaya kualiti di
dalam organisasinya. Sungguhpun demikian cabaran-cabaran terbabit
dapat diatasi dengan semangat kerjasama serta bertolak ansur di
dalam menjayakan program-program tertentu.
Di peringkat pengurusan, SEDC mengadakan Sesi Berandau sebulan
sekali dengan Pengerusi di mana semua Ketua Sektor boleh bertukar
idea dan pandangan mengenai perkara-perkara tertentu.
Selain daripada itu, adalah menjadi dasar pengurusan untuk membolehkan
kakitangan bertemu dengan pihak atasan melalaui polisi "Pintu
Terbuka" tanpa mengambil kira gred atau pangkat staf, semua diberi
peluang bertemu dengan Pengerusi dan pegawai-pegawai lain.
Hasil amalan kualiti di SEDC juga membolehkan organisasi ini mengubahsuaikan
diri mengikut keperluan terkini dengan melakukan Corporate Restructuring
Exercise yang masa kini masih dilaksanakan. Langkah ini melibatkan
sesi brainstorming yang kemudiannya akan digunakan sebagai asas
untuk mengkaji semula struktur organisasi agar lebih berkesan
dan dinamik.
Sementara itu penglibatan staf SEDC di dalam aktiviti peningkatan
kualiti adalah amat dialu-alaukan dan digalakkan. Amalan Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (TQM) yang diterima pakai menghendaki semua
staf dari peringkat atasan dan bawahan bertanggungjawab mengamalkan
kualiti di dalam semua urusan harian.
SEDC juga mengamalkan konsep multi-skilling yang mana staf SEDC
juga perlu mempelajari serta melaksanakan tugas-tugas lain di
samping tugas yang telah ditetapkan.
Memenangi Anugerah Kualiti Ketua Menteri membuktikan bahawa wawasan
untuk menjadikan SEDC sebagai contoh ikutan agensi-agensi kerajaan
lain di dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab masing-masing
dengan berkesan, licin dan teratur yang seterusnya akan menghasilkan
output yang berkualti sudah boleh dikatakan tercapai.
|