Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pembiakan Ikan Kulong
Projek Inovasi Jabatan Pertanian Bintulu

Sejarah awal usaha ini bermula apabila pembiakannya mula dilakukan pada 1995 berjaya dilaksanakan.

Pada tahun itu sebanyak 5,000 ekor anak ikan ini dibawa masuk dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak oleh Jabatan Pertanian Bintulu.

Setelah lebih setahun diternak barulah ikan air tawar ini mula dibiakkan dan dalam jangka masa setahun ia telah menampakkan kejayaan.

Berikutan kejayaan pem-biakan itu Jaba-tan Pertanian Bintulu mula mengandakan usaha pembia-kannya bagi membolehkan ia diagihkan kepada petani di kawasan Bintulu.

Pada awal permulaan pembiakanya pada tahun 1995 lalu hanya petani dan penternak di sekitar Bintulu sahaja yang mendapat bekalan anak ikan ini, iaitu kira-kira 50,000 ekor yang diberikan secara percuma.

Keseluruhannya pengagihan anak ikan kulong sejak tahun 1995 hingga 1999 secara kasarnya adalah seperti berikut; 1995 (50,000 ekor), 1996 (150,000 ekor), 1997 (120,000 ekor), 1998 (350,000 ekor), 1999 (200,000 ekor).

Antara kawasan yang diberikan bekalan benih anak ikan ini ialah daerah Lundu, Sarikei, Kanowit, Julau, Kuching, Bintangor, Sibu, Belaga, Miri, Lawas dan Limbang.

Petani yang sudah mendapat bekalan benih ikan itu yang diberikan pada awal percubaannya pada tahun 1996 lalu, kini sudah menikmati hasil.

Ikan-ikan ternakan mereka kini sudah boleh dipasarkan dan ia boleh didapati di sekitar bandar Bintulu khususnya serta lain kawasan di seluruh negeri ini.

Bagaimanapun, Ikan Kulong ini masih belum begitu popular dan Jabatan Pertanian di sini giat berusaha mempromosikannya.

Menurut Hasbi bin Bakar, 36, seorang Pembantu Pertanian Perikanan Jabatan Pertanian Bintulu, "Ikan Kulong" ini berlainan sedikit daripada jenis Ikan Kulong yang biasa ada di sungai-sungai di sini, tetapi banyak persamaan khususnya dari segi bentuk. Tambahan pula, ia adalah dari kumpulan spesis Mrigal.

Katanya, ikan ini boleh membesar sehingga 2 kg dalam masa setahun dan kini ia dijual dengan harga RM8 hingga RM10 sekilo.

Perancangan untuk membiakan lebih banyak ikan ini akan diteruskan bagi membolehkan pasarannya diperluaskan dengan memberi lebih banyak benih anak ikan ini kepada petani di seluruh negeri ini.

Jabatan Pertanian Bintulu juga telah memulakan usaha mempromosikan ikan Kulong di seluruh negeri ini dengan menganjurkan beberapa siri bengkel pemindahan teknologi berkaitan cara menternak dan membiakkannya.

Selain itu pihak jabatan juga mengadakan sesi penerangan bagi membolehken petani memahami di samping mengambil inisiatif untuk menternak ikan.

Pada peringkat awal, petani akan diajar cara membiakkannya dengan menganjurkan kursus bagi memindahkan pengetahuan ini kepada para petani supaya membolehkan mereka membiakkan sendiri ikan ini.

Kursus seumpamanya diadakan dua kali setahun dengan 25 orang peserta setiap sesi.

Kini usaha membiak yang dimulakan di Stesen Perikanan Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew ini juga ada dilakukan di Institut Pertanian Semenggok.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998