A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

STATE SECRETARY'S VIEW
Datuk Haji Abdul Aziz Haji Husain
Jentera Kerajaan Untuk Pembangunan Seimbang

Perkhidmatan awam kita telah banyak melaksanakan pembaharuan dan mengalami perubahan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Kini perkhidmatan awam tidak lagi dilihat sebagai jentera pentadbiran kerajaan yang penuh dengan prosedur dan peraturan. Sebaliknya ia dilihat sebagai rakan kongsi pihak swasta dan juga masyarakat di dalam usaha membangunkan negeri ini dengan lebih cekap.

Perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan yang mendukung polisi dan peraturan yang menjadi landasan kepada mewujudkan pembangunan yang teratur dan memberikan manfaat kepada semua.

Di dalam keghairahan kita membangunkan negeri ini, kita tidak harus lupa akan pentingnya kita melaksanakan pentadbiran yang berkualiti, cekap dan prihatin di samping amanah dan bersih. Berkualiti di dalam menjalankan semua perkhidmatan yang memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pelanggan di samping menjimatkan masa dan kos.

Kita akan terus berusaha untuk menerapkan budaya kualiti di dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan program latihan, bimbingan, seminar, kursus dan pelbagai jenis anugerah kualiti.

Cekap di dalam mengenal pasti masalah serta peluang agar dapat dijadikan panduan kita untuk merangka agenda pembangunan yang bersepadu yang prihatin terhadap keperluan umum.

Perlu amanah dan bersih di dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diletakkan di bahu kita. Ini kerana setiap perancangan pembangunan yang dirangka, setiap keputusan yang diambil serta setiap sen yang dibelanjakan untuk pembangunan itu, kita adalah bertanggungjawab langsung kepada rakyat, masyarakat dan kepimpinan negeri.

Merekalah yang boleh menilai dan menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan dan ketulusan kita menguruskan sumber_sumber negeri ini untuk manfaat umum.

Semua ini penting bukan sahaja untuk mengukuhkan tanggapan dan keyakinan masyarakat akan ketulusan pentadbiran kita malah ini sebenarnya adalah asas penting kepada mewujudkan pentadbiran yang mesra rakyat dan mesra pembangunan.

Pentadbiran yang mesra rakyat dan mesra pembangunan harus dijadikan matlamat pentadbiran kita kerana dengannya kelak dapat mewujudkan pembangunan negeri yang seimbang. Seimbang dari segi pembangunan fizikal (antara kawasan/wilayah) dan juga dari segi pembangunan jasmani dan rohani masyarakatnya.

Keseimbangan ini penting kerana dengannya kita akan dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dari semua aspek dan kehidupan yang berkualiti adalah salah satu ciri masyarakat yang tinggal di sesebuah negeri maju selaras dengan wawasan 2020.

Sebagai kakitangan awam, kita adalah titik fokal atau pengerak utama kepada pencapaian ini. Maka kerana itu setiap dari kalangan kita tanpa mengira kedudukan kita di dalam hiraki pentadbiran awam hendaklah sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang perubahan, teguran dan kritikan yang membina.

Perselisihan pendapat sememangnya sukar dielakkan terutama bagi organisasi sebesar perkhidmatan awam negeri,tetapi dengan sikap yang terbuka, perselisihan faham boleh dijadikan sebagai titik percambahan idea untuk menghasilkan rumusan yang lebih praktikal untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada umum.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998