A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Unit Kaunseling di Setiap Jabatan Negeri

Perkhidmatan Awam memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan negeri. Menyedari akan hal ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk itu Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Employee Assistance Programme yang salah satu komponennya ialah khidmat kaunseling.

Seramai 130 orang pegawai kakitangan perkhidmatan awam negeri ini telah dilantik sebagai kaunselor di jabatan masing_masing bagi membantu rakan sepejabat lain yang mungkin memerlukan khidmat nasihat.

Pegawai berkenaan terdiri daripada mereka yang pernah mengikuti kursus asas, pertengahan dan sebahagiannya kursus lanjutan kaunseling yang dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dan Pusat Pengurusan Moden (CMM).

Rasional mengadakan perkhidmatan kaunseling ini adalah berikutan peningkatan kes disiplin pegawai dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak sejak 5 tahun (1994_1999) iaitu sebanyak 127 kes berbanding jumlah kes keseluruhan semenjak 1986 (150 kes).

Kes disiplin itu berlaku di semua peringkat skel kakitangan dalam perkhidmatan awam iaitu seramai 12 orang dari Skel A, 15 orang (Skel B), 40 orang (Skel C) dan selebihnya dari Skel D.

Antara kes disiplin berkenaan adalah kes bankrap, pecah amanah, rasuah, ponteng serta sakit jiwa, melakukan jenayah, terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan cuai.

Selain itu unit ini juga bertujuan untuk menangani masalah seperti berlakunya keadaan di mana prestasi statik yang berulang bagi seseorang pegawai yang sama lebih dari satu tahun.

Usaha_usaha pencegahan termasuklah mewujudkan persekitaran/suasana kerja yang menarik, mengadakan aktiviti_aktiviti yang boleh mewujudkan semangat kerjasama dan kekeluargaan seperti mengadakan aktiviti sukan, keagamaan, dan sebagainya.

Perkhidmatan kaunseling ini akan dijalankan dengan kerjasama dengan ketua jabatan berkaitan di mana kaunselor dan ketua jabatan akan;

  • mengenal pasti pekerja yang berpotensi dan ber_kemungkinan menghadapi masalah.
  • mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pekerja serta puncanya.
  • memantau kemajuan yang dicapai oleh pekerja bermasalah khususnya mereka yang telah melalui proses kaunseling.
  • bekerjasama dengan Unit Pembangunan Sumber Manusia dalam menyediakan program latihan dan pendedahan Kaunseling.

Keseluruhannya tugas pegawai kaunseling ini ialah :

  • merancang,
  • menyelaras dan
  • memberikan perkhidmatan
  • kaunseling yang merangkumi empat

    aspek iaitu :

    1. pertumbuhan serta

    perkembangan,

    2. pencegahan,

    3. intervensi dan

    4. pemulihan.

Dalam program ini perkhidmatan kaunseling 'seboleh_bolehnya" berperanan membantu anggota organisasi :

  • sebelum masalah berkaitan bermula
  • memberi peluang kepada mereka yang terbabit memperbaiki diri sebelum kes mereka dirujuk kepada Lembaga Tatatertib, dan
  • selepas dikenakan tindakan tatatertib


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998