Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pengurusan Kewangan Terbaik 1999
Majlis Daerah Sarikei dan Lembaga Air Kuching Unggul

Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah membuktikan pengurusan kewangan mereka antara yang terbaik di negeri ini apabila Majlis itu telah berjaya merangkul Anugerah Menteri Kewangan Bagi Pengurusan Kewangan Terbaik 1999 yang berprestij itu.

Lembaga Air Kuching juga mendapat pengiktirafan yang serupa untuk pengurusan kewangan bagi kategori Badan Berkanun Kerajaan.

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan agensi agar mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi di dalam pengurusan kewangan.

Sebanyak 19 agensi kerajaan telah menghantar penyertaan mereka untuk anugerah ini.

Penghakiman anugerah ini adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti Sistem Belanjawan yang kemas dan praktikal, Sistem Perakaunan yang teratur, Pengurusan Aset dan Tanggungan yang cekap, Sistem Pengawasan, Pengesanan dan Penyeliaaan yang kemas kini, Sistem Pelaporan yang efisien dan Inovasi-inovasi yang praktikal dan kreatif.

Anugerah Menteri Kewangan bagi Pengurus Kewangan Terbaik bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak Tahun 1999
Anugerah ini diperkenalkan sebagai susulan daripada arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kabinet Negeri) agar diwujudkan satu anugerah khas bagi menilai dan menghargai agensi yang mempamerkan dan menunjukkan kecemerlangan di dalam pengurusan kewangan.

Perancangan yang rapi dan sistem perakaunan yang baik yang MDS amalkan selama ini telah membo-lehkan MDS mengendalikan akaun dan membuat laporan dengan tepat dan cepat.

Usaha ini telah men-dapat pujian daripada Jabatan Audit Negara yang menyatakan bahawa MDS merupakan PBT di Sarawak yang paling awal menyerah-kan akaun tahun 1997 untuk diaudit pada 15 Januari 1998.

Bukan setakat itu sahaja, MDS juga mendapat perakuan daripada Ketua Audit Negara berkaitan keupayaan pihak MDS untuk memungut hasil dengan baik serta boleh melepaskan diri daripada pergantungan peruntukan daripada kerajaan.

Ini kerana bagi tahun 1997, 25 PBT di Sarawak telah memperolehi pendapatan termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM255.78 juta dengan perbelanjaan dicatat berjumlah RM253.91 juta.

 


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998