Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Sumbangan SITRC
Latihan ICT Untuk Guru Luar Bandar

Golongan pelajar adalah sasaran utama SITRC agar ICT dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Kerajaan Negeri Sarawak komited memberi tumpuan kepada pembangunan IT sebagai sebahagian daripada komponen pembangunan 10 pusat pertumbuhan desa (RGC) bagi membolehkan penduduk luar bandar mendapat akses kepada maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Dalam usaha ini, sekolah tertentu di RGC terbabit akan dibekalkan dengan komputer serta keperluan lain berkaitan ICT sebagai usaha merapatkan jurang digital.

Usaha ini akan dilaksanakan dengan kerjasama jabatan pendidikan untuk melatih guru terutamanya yang bertugas di kawasan luar bandar.

Untuk tujuan itu Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) diberi kepercayaan untuk memberikan latihan komputer kepada guru-guru yang bertugas di sekolah luar bandar.

Sehingga kini seramai 40 guru telah selesai mengikuti program latihan penggunaan komputer.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan yang juga Pengerusi, Majlis Teknologi Maklumat dan Sumber Sarawak (SITRC) berkata adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar memahami tentang pentingnya ICT bukan sahaja sebagai alat kegunaan tetapi juga sebagai cara hidup.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sudah memohon peruntukan sebanyak RM150 juta daripada Kerajaan Persekutuan sebagai dana bagi skim bekalan elektrik luar bandar.

Ini termasuk kemungkinan menggunakan tenaga suria dan hidro mini bagi lebih 5,000 buah rumah panjang dan kampung di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).

Kini terdapat dua pusat sumber internet (IRCs) telah ditubuhkan di Miri dan Sibu yang menawarkan perkhidmatan penggunaan internet secara percuma terutamanya bagi kumpulan sasar seperti golongan miskin, pelajar dan belia.

 


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998