A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
Keseronokan Bekerja...
Bukan Hanya Gaji

Bagaimana perasaan anda hari ini? Gembira, sedih, lapang, seronok atau tertekan?

Adakah anda berasa senang, seronok atau gembira menjalankan tugas harian anda?

Mungkin ramai di kalangan kita yang beranggapan apa yang kita rasa atau apa yang terbuku di hati kita tidak penting dan tiada kaitan dengan prestasi atau produktiviti atau hubungan kita.

Sebenarnya setiap tingkah laku kita sama ada pada zahirnya mahu pun sebaliknya, semua itu memberi kesan kepada aktiviti kita.

Kesannya mungkin kecil sahaja sehingga boleh diabaikan atau mungkin juga besar sehingga akan menimbulkan masalah kronik.

Sebagai kakitangan awam, unsur ini sungguh pun nampak remeh tetapi sebenarnya memainkan peranan penting di dalam pelaksanaan tugas kita dengan sempurna.

Keupayaan kita melaksanakan tanggungjawab kita tidak hanya bergantung kepada ketajaman IQ kita semata-mata tetapi bergantung juga kepada beberapa unsur lain seperti kesihatan diri yang merangkumi kesihatan fizikal, mental, minda dan perasaan kita.

Andai kata seorang kakitangan itu berasa tertekan, mungkin tidak seronok atau tidak gembira ketika menjalankan tugasnya, maka pastinya hasil kerja yang disumbangkannya itu tidak seratus peratus.

Prestasi sebegini tentunya merugikan semua pihak dan mampu melemahkan jentera pembangunan negeri kita.

Sehubungan dengan itu adalah perlu juga bagi kita semua dari semasa ke semasa bertanya pada diri kita sendiri adakah kita selama ini telah menjalankan tanggungjawab kita dengan berkesan?

Adakah kita memberikan sumbangan yang penuh?

Adakah kita telah memberikan sumbangan dengan gembiranya?

Adakah kita telah memberikan sumbangan tanpa mengira kelelahan atau upah dan gaji?

Atau adakah kita bekerja hanya untuk mendapat gaji semata-mata?

Jawapan kepada soalan-soalan ini akan membolehkan kita mengkaji di manakah tahap kita kini, dan dari situ kita akan dapat mengatur strategi untuk mempertingkatkan usaha dan prestasi kita pada masa hadapan.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998