Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Aktiviti Dalam Projek Inisiatif Bandar Selamat

Gambar Hiasan: Bandar Selamat adalah bandar terancang rapi, moden serta mesra alam & pengguna
1. Pemilihan kawasan projek

Kawasan yang dipilih sebaiknya bersempadankan elemen-elemen fizikal seperti sungai, jalan raya utama, landasan keretapi atau sebagainya. Jumlah penduduk tidaklah terlalu besar sehingga susah dikendalikan. Sekurang-kurangnya mengandungi 5,000 unit rumah. Ia berasaskan kadar jenayah, keberkesanan persatuan penduduk yang wujud dalam kawasan, kesediaan pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk terlibat sama dalam projek. Namun faktor-faktor lain yang dianggap sesuai oleh pihak polis boleh diambil kira.

2. Pengenalan kawasan projek dan kumpulan sasaran

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) mengkaji struktur komuniti dan kumpulan sasaran dari segi ekonomi penduduk, persatuan penduduk, kumpulan peniaga atau pengilang serta lain-lain dan juga kumpulan pekerja. Pada masa yang sama YPJM perlu mengenal pasti wakil-wakil dari pihak kerajaan yang perlu terlibat sama dalam projek.

3. Penerangan konsep kepada kumpulan sasaran

Seberapa ramai yang boleh daripada kumpulan sasaran perlu dikumpulkan untuk diberi penerangan mengenai Inisiatif Bandar Selamat. Faedah kepada semua pihak perlu difahami sebelum projek diteruskan.

4. Penubuhan Jawatankuasa Bandar Selamat bagi kawasan projek

Dianggotai oleh wakil penduduk atau kumpulan sasaran kawasan projek, wakil YPJM, wakil pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Sebaik-baiknya ahli terdiri daripada golongan yang berpengaruh di kalangan penduduk dan dalam kerajaan serta pentadbiran negeri dan tempatan. Penglibatan pihak perancang dan arkitek atau perancang bandar adalah sangat berfaedah.

5. Pengenalan isu atau masalah keselamatan dan jenayah oleh kumpulan sasaran dan jawatankuasa

Ahli adalah fasilitator yang perlu mengenali masalah. Lokasi masalah serta sebab-musabab perlu dikenal pasti dan dipersetujui semua. Beberapa sesi perbincangan mungkin diperlukan.

6. Penyelesaian masalah oleh kumpulan sasaran dan jawatankuasa

Bandar Selamat: aktiviti penduduk berjalan dengan tenang.
Kumpulan sasaran perlu mencadangkan cara-cara penyelesaian masalah dalam konteks perancangan persekitaran dan rekebentuk persekitaran dengan nasihat daripada ahli-ahli profesional sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta. Penyelesaian hendaklah dipersetujui oleh pihak majoriti atau sebaik-baiknya oleh semua kumpulan sasaran.

7. Perlantikan perunding jika perlu

Mungkin ada cadangan yang memerlukan kajian teknikal dan penyediaan dokumen berbentuk teknikal seperti lakaran, rekabentuk atau pelan. Jika pihak kerajaan tidak dapat berbuat demikian atau pihak komuniti juga tidak dapat menyediakan input secara sukarela maka Jawatankuasa terpaksa melantik seorang perunding dan peruntukan kewangan perlu disediakan.

8. Perlaksanaan cadangan penyelesaian

Sebarang pelaksanaan cadangan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan atau pihak yang berkenaan. Namun pelaksanaan boleh dijalankan oleh mana-mana pihak yang dilantik oleh jawatankuasa dengan persetujuan pihak kerajaan tempatan atau pihak lain.

9. Pemantauan keberkesanan cadangan

Jawatankuasa dengan bantuan pihak polis atau pihak lain perlu mengadakan satu sistem pemantauan mengenai keberkesanan cadangan yang telah dilaksanakan. Ini memberi ruang untuk sebarang pindaan jika perlu. Ada tiga peringkat pemantauan;

a. Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Bandar Selamat di peringkat YPJM Pusat. Jawatankuasa ini memantau semua projek bagi seluruh Malaysia.

b. Jawatankuasa Kerja Inisiatif Bandar Selamat di peringkat YPJM Negeri. Memantau projek-projek bagi seluruh negeri. (Tidak perlu ditubuhkan di peringkat awal)

c. Jawatankuasa Projek Bandar Selamat di peringkat kawasan projek.

10. Pindaan kepada cadangan penyelesaian

Maklum balas terhadap sistem pemantauan. Jika perlu cadangan yang sedang atau telah dilaksanakan perlu dipinda mengikut maklum balas yang diperolehi. Pindaan ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan tempatan.

11. Dokumentasi mengenai aktiviti-aktiviti projek

Sepanjang projek ini berjalan adalah penting bagi pihak YPJM dengan bantuan Jawatankuasa menyediakan dokumnentasi mengenai setiap proses dan tindakan yang diambil. Ini perlu untuk tujuan YPJM meneliti proses aktiviti yang dijalankan sebagai pengajaran dan panduan kepada projek-projek Bandar Selamat yang lain. Dokumen ini boleh digunakan sebagai asas kepada penyediaan garis panduan, perancangan dan sebagainya bagi tujuan pencegahan jenayah.

12. Pemantauan dan tindakansusulan berterusan

Pemantauan tidak berakhir dengan projek. Ia perlu dilakukan secara berterusan. Proses di atas akan diulangi sekiranya timbul masalah baru atau menyelesaikan masalah-masalah yang difikirkan tidak begitu penting pada awalnya. Ini bermakna Program Bandar Selamat bukanlah secara "one-off" tetapi berbentuk berterusan dan "cyclical".


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998