Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

SAVTI Kebuloh Pengasah Kemahiran Pertanian

SAVTI Kebuloh
Kepesatan pembangunan sektor tanaman kelapa sawit di negeri ini telah memberi kesedaran kepada Jabatan Pertanian Sarawak bahawa satu institusi yang mampu melahirkan tenaga kerja terlatih perlu diwujudkan.

Dengan kesedaran itu jabatan berkenaan telah menubuhkan Sarawak Agriculture Vocational Training Institute (SAVTI) Kebuluh seluas 52 hektar di daerah kecil Sibuti iaitu terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar Miri.

Objektif utama penubuhan SAVTI adalah membantu melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir bagi menjamin kelancaran usaha pembangunan tanaman kelapa sawit di negeri ini yang dijangka mencapai keluasan 360,000 hektar.

Untuk itu SAVTI berperanan untuk melatih golongan belia yang berminat menyertai industri ini dengan menyediakan kursus pengurusan iaitu Kursus Sijil Pengurusan Perladangan Kelapa Sawit yang antara lain bagi:

I. Memberi latihan khusus secara vokasional dalam bidang pengurusan dan teknologi kelapa sawit.

II. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelaih berkaitan pengurusan ladang kelapa sawit.

III. Membantu belia yang berminat mencebur diri dalam sektor perladangan di negeri ini.

Menjalani latihan praktikal
Usaha SAVTI ini amat penting kerana hasil kajian menunjukkan banyak kawasan tanah di negeri ini berpotensi untuk dimajukan bagi tanaman kelapa sawit.

Ini bermakna industri ini membabitkan banyak guna tenaga manusia yang mana dalam konteks itu ia memerlukan seorang penyelia bagi setiap 500 hingga 700 hektar ladang.

Keperluan tenaga terlatih dan mahir dalam menguruskan ladang amat diperlukan untuk mempastikan sektor ini dapat dimajukan secara berterusan.

Sehingga kini dianggarkan seluas 30,000 hingga 50,000 hektar ladang kelapa sawit telah dimajukan sejak 1997 dan dijangka akan meningkat memandangkan pertambahan pemin-taan dalam dan luar negara yang tinggi di samping harga yang stabil berbanding komoditi pertanian lain.

SAVTI Kebuloh telah membuat pengambilan pertamanya seramai 40 orang pada Mac 1997 dan sehingga kini seramai 200 orang pelatih sudah diambil berkhusus di sini, iaitu dengan pengambilan seramai 40 orang pelatih bagi setiap tahun mulai tahun 1997 hingga 2000.

Lawatan ke tapak project merupakan aktiviti yang terkandung di dalam Kursus di SAVTI
Manakala di dalam Ran-cangan Malaysia Ke 8 pula dijangkakan SAVTI Kebuloh akan mengambil seramai 500 orang pelatih baru, iaitu 40 orang bagi dua peringkat pengambilan pertama bagi tahun 2001 serta 60 puluh orang setiap pengambil seterusnya sehingga tahun 2005.

Setiap Kursus Sijil Pengurusan Peladangan Kelapa Sawit ini dijalankan di dalam dua sesi, iaitu bagi sesi pertama, selama lima bulan, peserta akan menghadiri kelas dan menjalani latihan amali di ladang SAVTI serta ladang berdekatan dan juga mengadakan lawatan ke estet dan juga kilang.

Pada sesi kedua pula peserta akan menjalani latihan amali juga selama lima bulan di estet atau ladang yang terpilih bagi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar di ladang selain teori di samping bertujuan untuk meningkatkan keyakinan.

Peserta yang ingin memohon bagi mengikuti kursus ini hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional atau yang setaraf dengannya. Setiap pemohon juga haruslah mendapat kepujian bagi matapelajaran Matematik, Sains (Fizik, atau Kimia atau Biologi) dan Bahasa Inggeris.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengetua SAVTI, Kebuloh, 98000 Miri atau ditalian 085-481163/481164.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998