A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
BERUSAHA DAN BERBAKTI

Setiap tahun tanggal 1 Mei, kita menyambut Hari Pekerja.

Cuti umum diisytiharkan pada hari itu dan pengisytiharaan ini oleh kerajaan sebenarnya adalah peng-hormatan dan pengiktirafan di atas sumbangan, kejujuran dan kegigihan kita melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sebagai pekerja, kita bertanggungjawab bukan sahaja kepada majikan kita untuk menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik tetapi juga kepada masyarakat dan juga diri kita sendiri.

Sebagai pekerja sama ada di sektor awam mahu pun swasta, produktiviti yang telah kita sumbangkan selama inilah yang membolehkan negeri dan negara kita maju dari semasa ke semasa.

Bagi kita yang berkhidmat di sektor awam, kita harus berasa bangga dengan kemajuan yang negeri dan negara ini capai.

Ini kerana dengan bantuan kitalah rakan-rakan kita di sektor swasta dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan lancar, membuahkan hasil yang menguntungkan dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negeri dan negara kita.

Sejajar dengan itu maka adalah penting bagi setiap individu yang bergelar pekerja (sama ada di sektor awam mahu pun sektor swasta) berusaha untuk terus membaiki kemampuan diri sendiri sama ada melalui peningkatan ilmu pen-getahuan mahu pun pengalaman kerja.

Ini diharapkan akan dapat menjadi pelancar kita untuk terus berusaha dan berbakti kepada masyarakat kita dengan lebih cemerlang dan berupaya meningkatkan lagi kemajuan negeri dan negara ini.

Pada Hari Pekerja ini juga, kita harus berasa bangga kerana dengan perit jerih dan usaha kita jugalah yang telah membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya apabila kita bertindak menjadi fasilitator di dalam melaksanakan projek-projek pembangunan sama ada pembangunan fizikal mahu pun sumber manusia.

Ini merupakan usaha bakti yang sungguh tulus yang tiada peng-hujungnya dan sebenarnya tidak dapat dinilai dengan kebendaan kecuali kurniaan pahala dan nikmat daripada Tuhan Yang Esa.

Hari Pekerja yang disambut pada setiap tahun juga harus dilihat sebagai detik bermulanya azam baru kita untuk menyumbangkan produktiviti yang lebih tinggi dan berkualiti.

Oleh yang demikian hari ini juga harus dijadikan hari kita menilai semula sumbangan yang telah kita berikan sepanjang setahun yang lalu atau tahun-tahun sebelumnya.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998