A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Aktiviti Awal Tahun 2000, Kelab RADO Limbang
Oleh Barayan Lenya, Pejabat Residen Bahagian Limbang

Kelab Pejabat Residen dan Daerah Limbang atau RADO telah mengadakan Majlis Makan Malam bersempena dengan perjumpaan awal tahun warga RADO pada 22 Januari 2000 yang lalu di Hotel Purnama, Limbang.

Turut hadir menyerikan majlis malam itu ialah Residen Bahagian Limbang, En. Ubaidillah bin Haji Abdul Latif yang juga penasihat Kelab RADO, Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi Kelab RADO, En. Henry Ginjom Lajim, Pegawai Pembangunan Bahagian, En. Stephen Kalong Nanggang, para pegawai dan kakitangan Pejabat Residen dan Daerah Limbang dan ketua-ketua masyarakat.

En. Henry Ginjom Lajim menyampaikan hadiah kepada Pn. Haliza bt. Baharom di atas kelahiran anaknya yang pertama. Pegawai Daerah Limbang, en. Henry memperkenalkan dua orang ketua masyarakat yang baru dilantik.

En. Ubaidillah di dalam ucapannya telah menyeru semua pegawai dan kakitangan bekerjasama dengan yang lain di samping menunjukkan komitmen dan kualiti kerja yang tinggi.

Beliau juga turut menekankan adalah perlu semua kakitangan menanam budaya kerja yang sentiasa ingin belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Sementara itu, En. Henry di dalam ucapannya pula mengingatkan pegawai dan kakitangan untuk menampilkan hasil kerja dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Ini menurut beliau lagi adalah sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin melihat semua Pejabat Residen dan Daerah seluruh Sarawak memiliki pensijilan MS ISO 9000.

En. Henry seterusnya menambah, matlamat dan sasaran Pejabat Residen dan Daerah Limbang ialah untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9000 bagi Pengurusan Ketua Masyarakat dan Ketua kaum menjelang penghujung tahun ini.

Pada malam itu, pelbagai aktiviti menarik telah diatur seperti pemberian hadiah kepada kakitangan yang melahirkan anak pertama, cabutan tiket bertuah dan pertandingan karaoke.

Pada kesempatan berkumpul itu juga, warga RADO telah diperkenalkan kepada dua orang Ketua Masyarakat yang baru dilantik untuk Bahagian Limbang iaitu Pemanca Wilfred Yusin mewakili kaum Bisaya dan En. Micheal Jenang mewakili kaum Iban.

Tahniah diucapkan di atas perlantikan mereka dan semoga kedua-duanya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Ketua Masyarakat di kawasan masing-masing dengan cemerlang.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998